Pages

Followers

Monday, February 15, 2010

Balik Kampung...

Untungnya jadi rakyat Malaysia...Hari Raya Puasa ada, Hari Raya Haji ada, Hari Raya Cina pun ada....hehehe...!!! Jadi dapatlah kita bercuti....dan kerana sekolah aku ada ramai pelajar Cina jadi kami ambil cuti berganti dua hari...jadi kira-kiranya seminggulah kami bercuti..lebih kurang 9 hari...
Hari ini aku balik kampung...dua hari sudah aku balik ke kampung suami di Bota, kerana ada kenduri kahwin. Disamping tu dapat juga tengok orang tua yang kian uzur... Malangnya, adik-adik yang lain tak ada. Adik Ju dan keluarga di Bidor pun tak ada, kata emak anaknya demam pelentung.. Adik Azmi, isterinya accident jatuh motor. Masih MC , hari tu aku pergi ziarah masih tak boleh jalan... kesian aku tengok, apa tidaknya anak masih baby....susah laa nak menjaga. Adik Latif pun tak ada...tapi sebelum balik ke Ipoh kami sempat ziarah mereka di Seri Iskandar. Anaknya kurang sihat...ada Athsma.. Yang dapat ketemu di kampung cuma Kamariah.. itu pun kebetulan dia datang ke rumah. Dia memang dah jadi orang Kampung Bota, cuma dah berpindah ke rumah sendiri.
Semalam aku memenuhi jemputan anak muridku yang melangsungkan perkahwinan...Meriah juga kendurinya...tapi tidak pula aku bertemu kawan-kawannya yang lain. Mungkin kerana aku datang lewat...jadi aku tak sempat jumpa..
Dan hari ini aku balik ke Matang...sebenarnya bukan plan asal nak balik hari ni. ...Sakit lututku ini sekejap ok sekejap sakitnya bukan kepalang...Suami pun dah balik ke Bota kerana nak jaga bapanya yang uzur...jadi aku talifon saja kata nak balik ke Matang... Mulanya berat juga dia nak melepaskan aku balik...bukan apa takut kereta meragam di tengah jalan. Apatah lagi musim cuti Tahun cina ni..kereta banyak di lebuhraya... Tapi kerana alasan aku kuat ...aku diizinkan tapi bersyarat... heheheh... petang balik ke rumah...
Hati mana tak terpanggil nak balik, aku dapat tahu adik-adik Ram dan Azhar serta family ada.. Kak Kiah dan Kak Pidah ku pun ada... wahh...walaupun tak semua ada ia pasti meriah...Aku dah terbayang senyum emak sampai ke telinga tengok anak cucu balik bercuti...walaupun tak semua dia mesti gembira....
Jumpa adik beradik banyak yang dibualkan...Azhar dah belajar-belajar ke kebun kelapa sawit belakang rumah.... Abang dah lama merajuk dengan abah, tak balik-balik...Ram dan Kak Kiah..tiap kali balik mesti rutin mereka mengemas dan mengemas....Dari dalam rumah ke luar rumah... sampai emak melaung-laung suruh masuk ke rumah.... Sudahlaa...marilah bersembang dengan aku...tak payah kemas di luar tu...( lucu juga bunyinya....)
Berita gembira yang aku terima kali ni...Kak Kiah bakal dapat menantu berganda cuti sekolah bulan 6 ni...kerana Izzah anak sedara aku tu dah dipinang orang...alhamdullillah....!!!! Kabarnya kawan si Hafiz masa di Syria.... jadi insyaallah kenduri kahwin Hafiz dan Izzah mungkin akan diadakan serentak...( Hafis akan nikah dulu..hujung bulan lima )...Waa..waa...seronoknya.....
Petang...sebagaimana aku janji dengan suami, aku terpaksa balik ke Ipoh....walaupun emak suruh tidur aje di sana, tapi apa nak buat... Aku cuma janji dengan emak, akan balik sabtu ni kerana kenduri kahwin anak sepupu aku, Kak Hasnah...Insyaallah..!!!!

3 comments:

aznimatisa said...

Best la uda dapat kumpul adik badik,, yg balik umah mak tu yg paling touching,, bole tak sesekali x yah bersyarat...hm.

roslaini saad said...

Dekni...
lebih baik bersyarat dari tak boleh balik...hehhe...
Orang lelaki ni kan macam-macam...risaunya pun semacam...
sebenarnya, anak-anak tak semua ikut..si ayah pula tak ada ,,kerana menjaga bapaknya di kampung bota.

saleeh rahamad said...

isteri saya juga sakit lutut dan saya faham sengsara itu. badannya juga lebih kurang dengan cikgu kut. saya tak komen apa-apa dah fasal itu walau selalu dulu saya nasihat supaya bersenam. sekarang dah tak boleh. dia makan suplement glukosamin plus condroitin. cubalah tanya kat farmasi, untuk sakit lutut. tapi kalau ligamen koyak kena operation juga.