Pages

Followers

Thursday, January 14, 2010

...Kerja dah bermula

Hari ni dah seminggu aku tak update blog....Terus-terang aku nak bagi tahu..tak mahu buka blog sebab nanti kerja tak siap...hehhehe...Ini pun, mulanya nak buat kerja. Tapi bila dah buka blog, rindu pula nak menulis.....
Waaaa.....minggu ni rasa letih bebenor....siapa la cakap kerja cikgu ni senang...Itu pun nasib baik Sekolah aku tak tinggi 4 tingkat macam kebanyakkan sekolah-sekolah baru...kalau tidak mahu kurus aku dibuatnya...hahahhah...
Awal tahun memang kerja banyak...dan aku pulak dapat tugas baru di Pusat Sumber. Dua tiga hari ni aku duduk berkurung di Pusat Sumber...buat sikit-sikit perubahan susunan dan keceriaan....Memang waktu P n P kurang...tapi tak rehat juga...Nak ke kantin pun malas sebab agak jauh juga...( Nanti mungkin boleh buat kopi corner...hehehe ) Nak lepak kat bilik guru...sedihnya meja aku pun tak ada kat bilik guru...Sebab sebelum ni aku jarang-jarang di bilik guru, meja aku di bilik guru pun dah diambil orang...kesian juga jadi cikgu ni. ( Kerani ada meja bagus lagi.....siap air-cont...!!!!) Kalau pegawai jabatan lain, yang senior macam aku.. jangan kan ada bilik sendiri, berair-cont... tukang bancuh air pun ada...( PA la tu...)
Cuma nak cerita, glamournya jadi guru media @ guru pusat sumber....Hari-hari ada orang cari. Pembekal laa tu...dan hari Isnin baru lepas...aku dikejutkan dengan satu panggilan talipon, dari seorang bekas pelajar Raja Chulan.... berpangkat Dato'.... teruja giler aku.. Dia tanyakan majallah sekolah tahun 76. Waktu dia di tingkatan 6 atas. Sayangnya, puas dah ku tanya ...tak ada simpanan di sekolah...( Dato ni sebenarnya kelas mate kakak aku di sekolah ni dulu, dan juga bakal pengetua yang akan mengantikan pengetua sekarang....)
Ok nak stop di sini....nanti lagi leka, kerja tak siap......aduhhhh...buku rekod pun tak siap lagi...esok dateline kena hantar....

4 comments:

Mamamat said...

Salam cigu
Dato' jadi pengetua? Biasanya paling tinggipun Tuan Haji jer ...
Diet yang baik ialah pegi jalan2 ke kantin. Minum air suam jer. Kemudian balik ke pusat sumber bancuh kopi cicah roti kapal

roslaini saad said...

Dato' ni ex student...dulu clasmate dengan pengetua yang akan bertukar ke sini.

AZNI BINTI MAT ISA said...

uda, beh nyer dpt jadi cikgu pusat sumber,,lalalala~~~tahniah tau,,

Lee said...

Hello Chegu, try drinking Chinese green tea. Not only will it help you relax, but good if you want to slim, as well very good for health.

And drinking tiga ke empat cups a day will bring a warm glow to you.
You have a nice day and keep a song in your heart, best regards, Lee.