Pages

Followers

Thursday, January 7, 2010

....Aduhai badan...

Saat ini aku letih giler...Nak tidur ingatkan kerja...Nak buat kerja..badan letih, takut tak ada tumpuan....mengadap je blog. Blog kawan-kawan pun malas nak baca..tengok tajuk-tajuk yang menarik je....sorri laa...
4 hari ini memang hari -hari yang meletihkan..bukan kerana faktor usia sahaja, atau kerana berat badan....tapi kerana tekanan kerja....rasa tak nak buat dah tahun ni, kalau ditawarkan..Macam Faiz kata kat aku bila aku mengeloh, Mak duit bukan segalanya....hehhe pandai lak, anak ini bermadah...padahal nanti, seringgit dua minta kat aku juga...
Hari ni pulak aku dah mula ke sekolah. First day....dan hari ini aku dah melihat "rumah" baru aku....PUsat Sumber...Aku masuk dan kurung diri aku sorang-sorang dalam PSS ( Pusat Sumber Sekolah )dan melihat apa yang perlu aku buat...( banyakkk....terutama keceriaan dan pengurusan...) Dan aku mendapat kabar, lantikan pengawas baru PSS akan diadakan serentak dengan Pengawas sekolah...pada 21 Januari....Sebelum pengetua aku berpindah. OH ya...pengetua sekolah ku naik pangkat DG52 dan digerakkan ke sekolah lain...Aduh..rasa letih....budak pengawas pun aku tak jumpa lagi..
Hari pertama ni juga...pembekal buku dah datang cari aku. Sebenarnya isnin aku dah dapat call ada pembekal nak jumpa. Aku bagi alasan yang baik..dan dia happy sebab aku minta bisness card dia..Actually, aku kena bincang dengan pengetua semua ni dulu...
Dan hari ni...macam dijanjikan, jadual aku ada pulak kelas 4K. Dahla, kena bagi briefing panjang lebar tentang Pendidikan Seni Visual untuk SPM. Punyala ramai satu kelas, 39 orang kalau tak silap.....aduh...macamana laa nak handle nanti..
SEbenarnya aku letih sangat..sebab hari ni first day aku pergi Gym.....sebab nak hilangkan stress....memang enjoy habis...dan yang menyeronokkan ada jumpa kawan sekolah yang dah berpindah.... First day buat. memang laa letih bangatttt.......dah habis satu badan lengoh-lengoh. Tapi bagusnya ada instruktor yang tolong bantu....muda-muda beb....Hopefully aku boleh turunkan berat badan....Bukan untuk cantik...tapi untuk sihat.....YES...Malaysia BOleh...hehhe..
Ok, mata dah mengantuk....memang sah aku tak leh buat kerja malam ni....insyaallah esuk aku akan buat....YESSSS...bye.

3 comments:

aintsuperwoman said...

Bagus tu kak Ros, walaupun sibuk mana sekalipun, exercise jangan lupa. Eeee...banyaknya keroje nak dibuat ye. Fa yg keje sendiri ni pun rasa tak cukup tangan dah...

amelia said...

kelas 4K rasanya ada 32 atau 37 orang kalau tak silap.. insya-Allah sy akan buat yg terbaik sbg pengawas pusat sumber nanti dan sentiasa meluangkan masa di pusat sumber... =)
cikgu pun jaga diri baik2.. kadang2 sy risau tengok cikgu.. huhu

aznimatisa said...

tak pe uda,,letih kita bawak baring2 dulu,,hehe,, 1 malaysia guru melalui proses yang....SAMA.t care uda.