Pages

Followers

Wednesday, December 30, 2009

Persiapan persekolahan

Minggu depan, sessi persekolahan akan bermula . Di Perak persekolahan bermula 4 hb Januari 2010... Dan tahun ini tinggal 3 orang anak aku yang bersekolah. Manakala, Razi menunggu keputusan SPM. Hakim bakal naik tingkatan 3, Faiz naik tingkatan 1 dan Kecik masuk tahun 4....

Jadi emak, satu benda yang rasanya tak selesai selagi tak membeli barang-barang keperluan persekolahan...Dan siang tadi, walaupun kepala sedikit pening...aku dan anak-anak pergi membeli barang-barang keperluan., termasuklah buku-buku, pakaian sekolah dan kasut...Hangusla beberapa ratus....kalau harap duit bonus kerajaan bagi memang tak cukup...heheh,.Alhamdullillah...duit claim jaga exam masuk awal juga tahun ni..dapat la juga menampung untuk membeli barang-barang ni.

Memang laa tak perlu beli semua benda baru...tapi anak-anak aku ni, lepas je cuti, saiz badan mereka semuanya berubah. Faiz tahun ni masuk menengah...dah kena tukar uniform. Dari biru tua ke seluar hijau....Saiz baju pun dah naik dari 20 ke 24..seluarnya aje saiz 39....alahai...Berbeza dengan Hakim. yang dah mengecil ..(kurus sikit dari sebelumnya..) kena cari saiz baju yang lebih kecil dari sebelumnya. (Memang ramai yang terkejut tengok Hakim, dari remaja yang montel..sekarang dah slim...dan kurus )
Si kecik pulak...seluar semua dah senteng...dia dah tinggi sikit...baju pulak dah kusam. Dia lasak jugak, baju ada yang dah koyak...jadi mahu tak mahu kena beli baru.Itu pun belum termasuk beg sekolah baru, kasut baru....memang rabak ...tapi apa nak buat, semua ni tanggungjawab yang kena dilaksanakan. Jangan esuk-esuk jadi alasan mereka malas nak ke sekolah.
Setahun dua ni lega sikit...buku teks tak payah beli...yang dibeli pun buku rujukan dan buku tulis...Buka sekolah nanti, yuran sekolah pulak...aduhhh....sementara anak-anak nak besar, terpaksalaa menanggung kesemua ni...
Tahun ni, Hakim akan mengambil PMR, nampaknya kenalah dihantar tuisyen... Hakim memang lemah dalam beberapa mata pelajaran..bukan tak boleh tapi dia ni malas sikit.. harap-harap tahun ni dia berubah sikit. Sepanjang cuti ni dia memang jauh berubah...kesan lepas accident hari tu..SEbagai emak aku hanya mendoakan dan mengushakan yang terbaik buat mereka....apa yang penting mereka berjaya di masa depan...

7 comments:

Kak Intan said...

salam Ros..selamat menyambut tahun baru 2010...he..he..awal2 tahun ni memang sesak nafas dibuatnya kan. tapi tak mengapa ..melabur untuk masa depan..khas nya anak anak yg sedang belajar.

AZNI BINTI MAT ISA said...

Selamat Tahun Baru Uda,, itu lah pengorbanan insan yang bernama..emak,ibu,bonda,ummi..

Mamamat said...

Salam Cikgu
Selamat Tahun Baru 2010.
Takdeker lebih duit claim jaga peksa untuk belanja teman?

Anonymous said...

gud luck, cikgu!
kasut tu macam kasut sy je.. hehehe
apapun, selamat tahun baru 2010!
tak sabo nak jumpa cikgu nanti..

Rositah Ibrahim said...

Selamat tahun baru. Selamat menjalani tugas. Selamat menyediakan keperluan anak-anak.

Pengasas said...

Salam Roslaini,
Selamat tahun baru, semoga anda dalam limpahan rahmat dan kebahagiaan dari Allah.

roslaini saad said...

Terima kasih semua yang memberi komen....selamat tahun baru...