Pages

Followers

Monday, December 28, 2009

Mesyuarat dah bermula......kerja dah tiba....

Hari ni 28hb 12 2009....dah mula mesyuarat pertama untuk guru-guru SMK. Raja Chulan.....Sebenarnya bukan mesyuarat pun, cuma sidang taklimat demi taklimat dari pentadbir sekolah....Mula-mula sekali pengetua, kemudian PK 1...dan paling akhir, Puan PK KoKo...yang begitu pro aktif kebelakangan ni...
Pengetua mulai ucapan dengan nada ceria dan gembira, kerana pencapaian PMR yang cemerlang...Naik 14% dengan 18 orang pelajar straight A. Bahasa Arab peningkatan tertinggi dengan 42%...( tahun 2008 jatuh teruk )... Aku mengajar P. Seni ...tak banyak komen, sebab tak ada dalam penilaian..tapi hampir semua kelas tingkatan 3 aku masuk mengajar untuk matapelajaran PSV dan Sivik...jadi adalah beberapa orang pelajar yang aku kenal dan tahu potensi mereka..
Bila buku takwim diberi...seperti dijangka, aku dapat tugas baru tahun ni....Guru Pusat Sumber dan Media..menggantikan guru sebelum ini yang naik pangkat jadi Penolong Kanan Tingkatan 6...Kelebihannya jadual waktu mengajar aku berkurangan...kerana harus memberi tumpuan kepada pengurusan Pusat Sumber. Yang bagusnya juga...aku tak diberi lagi tugas sebagai guru tingkatan....( kerja yang paling leceh di sekolah..) Sebenarnya banyak kekangan yang harus aku tempohi kerana ini pengalaman baru..tapi aku malas nak fikirkan lagi, ....tempoh dulu, baru tahu bagaimana nak menyelesaikannya...betul tak..??
Untuk sessi akan datang ni...kami kehilangan 2 rakan sekerja, yang dipindahkan tanpa rela...ermmm nak buat camana, dah nama pun kakitangan kerajaan. Dan ada pertambahan guru baru seramai 7 orang.....Kalau ikut ucapan PK 1 , bilangan guru kat sekolah masih tak cukup......layak 96 orang yang ada cuma 79 orang.....
Paling ceria hari ini kerana kehadiran, sepasang pengantin baru rakan sekerja kami yang baru saja bergelar raja sehari....Tak habis-habis kena usik. Itulah jodoh, siapa sangka bertemu di Raja Chulan, terus ke jinjang pelamin... Dengan ini ada 2 pasang guru lah yang bertemu jodoh di sini...harap-harap ada lagi lepas ni. SEronok juga, ..tumpang gembira rakan-rakan..
Dan rasanya...tahun ni aku akan lebih kerap ke kantin....kerana tender kantin tahun ni dapat kepada Abang Sham dan Kak Ani...( yang baru bersara )....hehehehehe...aku memang kaki lepak kat kantin.

2 comments:

amelia said...

waaa.. bestnye cikgu jadi guru pusat sumber. i salute you! hehehe.. cikgu, insyaallah sy dapat jadi pengawas pusat sumber.. yang terbaik! huhu

gemagong said...

selamat mengajar semula buat cikgu rose...