Pages

Followers

Wednesday, December 9, 2009

Hujung Tahun yang sibuk....

Minggu ini minggu terakhir aku menjaga exam...Siang tadi aku mengucapkan salam perpisahan kepada dua lagi guru yang menjaga exam, kerana aku tak akan bertemu mereka lagi esuk. ( Esuk hari akhir...) .Sebenarnya, sekolah kami bukanlah jauh sangat....tapi kebiasaannya kalau bidang berlainan jarang-jarang kita dapat bertemu lagi...kecuali ditakdirkan bertemu di pasar malam atau pasar tani...shoping...aku jarang sekali..
Minggu depan, aku akan memulakan tugas baru...aku akan berada di Kuala Lumpur, selama 5 hari....Tahun ini tahun kedua aku diamanahkan menjalankan tugas ini. Tetapi rasa debarnya hampir sama dengan tahun lepas.... Yang mengembirakan, aku akan bertemu dengan rakan-rakan lama...dan baru ku kenal tahun lepas...Tugas yang akan membuatku tension...( anak-anak aku pun dah tahu...tapi aku seronok, sebab tak semua orang dapat peluang ini...)
Dan minggu berikutnya,....aku dan pasukanku akan mula menjalankan tugasan yang diberikan......setakat ini, aku dah dapat tempat yang sesuai, dan aku dah bagi tahu ahli pasukan ku tarikh dan tempat tugasan akan dijalankan.....aku harap semuanya lancar seperti tahun sudah....
Lepas cuti Krismas.....bermula balik mesyuarat di sekolah.....aduhhhh....saat-saat membosankan tu akan datang lagi....duduk mendengar taklimat demi taklimat....Aku dah tahu, ada beberapa tugas baru yang mesti aku laksanakan untuk tahun depan...nantilah, sampai masanya aku akan bercerita tentang tugas baru ini.
Awal tahun baru...buka sekolah....tapi aku kena menyelesaikan tugas dengan pasukanku...dan kena kembali ke Kuala Lumpur.....selesai tugas, selesai lah satu amanah yang diberikan....... dan kembali, dengan tugas-tugas di sekolah.....
Apa-apa pun aku kena jaga kesihatanku...supaya semuanya berjalan lancar....semalam aku ke klinik, darah tinggi ku dah naik pulakk....dan esuk aku ada appointment dengan doktor di Klinik Kesihatan berhampiran....Harapnya, esuk doktor tak bagi arahan untuk aku menelan ubat setiap hari....kerana aku bukannya consistent dalam bab-bab ubat ni....selalu benar terlupa. Tetapi kalau untuk kebaikan aku kena akur....
Cuti sekolah dah kian sampai penghujung.......persiapan untuk anak-anak sekolah tahun depan belum dibeli....satu tugas lagi....alahai.....

4 comments:

FaAtip said...

waa..rumah dah cat baru ye...cantik pulak. Dah tu kak ros ni bila start cutinya?

roslaini saad said...

haha...sekarang ni on and off...chief jaga exam ni baik sikit jadi ada giliran dapat cuti..tapi tak cuti sepenuhnya laa.....tapi lepas ni dah tak free.....

Kakcik Seroja said...

Alahai Ros.. kakcik pun belumbeli pakaian sekolah anak2 ni... :(

AZNI BINTI MAT ISA said...

Uda, all da best utk semua tugasan