Pages

Followers

Thursday, December 3, 2009

Dua hari sudah aku dapat berita melalui facebook...abang Long (suami kak long-gambar di atas ) aku jatuh..dan semalam melalui facebook Murni anak sedara ku juga aku dapat tahu rupanya dia dimasukkan di ICU...tapi dia dah keluar cuma masih belum boleh bercakap...dan sekarang masih di wad...dipecayai kena serangan stroke......
Berita mengejutkan ini aku sampaikan pada kakak-kakak ku yang lain dan juga emak di kampung..( sebab aku percaya mereka tak buka facebook macam aku....)Dan aku yakin, kak long tak akan call bagi tahu mereka ...
Mengikut catatan Murni, abahnya dah berusia 67 tahun....( kalau tak silap 10 tahun lebih tua dari Kak Longku..) bekas ketua pengarang di Berita Harian...dan sekarang mengurus syarikat sendiri di Taman Seri Gombak...Pustaka Wira.
Sebenarnya, hubungan kami dengan abang Long tak berapa rapat..... Sejak aku kecil lagi., aku memang takut dengan abang long ku ini..dan aku membesar dengan satu perasaan yang tak serasi dan gerun pada abang iparku ini.....dan kakak-kakak ku yang pernah tinggal dengan mereka semasa bujang...ada sebab mereka sendiri untuk terus merenggangkan diri dengan abang long...( susah aku nak ceritakan...) Masa aku belum kahwin dulu, kerap juga aku mengunjungi rumah mereka...itupun kerana aku mengenangkan kak long ku...tapi lepas kahwin, jarang sekali aku dapat ke sana. Paling akhir aku pergi..tahun 2008, semasa kenduri kahwin anak sedara aku.
Sebenarnya aku sedih mengenangkan nasib kak Long aku sekarang...suami terlantar di hospital...Ingin aku pergi ziarah...tapi aku ada tugas mengawas peperiksaan. Dan kalau ku ajak suami ku pun pasti..dia tak nak pergi..,....

Kesimpulannya begini ajelah......
Masa kita berjaya...jangan pandang rendah dengan orang lain...
Jangan sombong.... respek orang lain...
Hormati orang tua.....
Buat baik dengan adik- beradik....
ingat adik beradik masa susah, masa senang....
Mulut nak kena jaga....hati kena baik....ikhlas...

...... kalau tidak macam nilah.....dah sakit pun....adik beradik berat hati nak pi ziarah...


5 comments:

umi_e said...

salam semoga beliau cepat sembuh

aintsuperwoman said...

dalam hal ni, baiklah pergi ziarah, setiap orang ada kesilapan dan kelemahan, kita sekadar tunaikan tanggungjawab untuk ziarah orang yang sakit...memang susah nak buatkan, sebab pengalaman lalu seolah2 menghadkan hubungan kita tapi yang lepas usahlah dikenang, kalau ikutkan hati memang rasa tak nak pergi, tapi kali ni, pergi je la.....lupakan kisah2 pahit lama.

gemagong said...

asw...setuju dengan cadangan tu.."lebih baik tersalah maaf dari tersalah hukum"

aznimatisa said...

Uda,, g jengok jap,, tanda respek kat kak long,, yg ni kakak uda yg nama Rahmah Saad tu ke,, mak iskandar

roslaini saad said...

Sebenarnya saya plan nak tengok abang long next week, sebab ada mesyuarat di KL..tak boleh pergi sekarang sebab jaga exam...