Pages

Followers

Tuesday, November 3, 2009

Tinggal kenangan....

Sebenarnya marahku pada anak-anak kucing yang membuat 'hal' di dalam rumahku tidaklah kemana...sampai hari ini anak-anak kucing ini tidak ku buang. Sebaliknya ku latih mereka makan di luar rumah dah bersantai- santai di luar...
Melihat kemesraan anak -anak kucing ini memang tak sampai hati rasanya...walaupun anak-anak ku dah cuba mengurung mereka untuk dibuang.. tapi sengaja aku lengah-lengahkan...
Malangnya ..tanpa diduga..dua hari yang lalu, Kecik anak ku memberitahu.... si Butha dah mati ...dah buang dalam parit...
Terkedu juga aku.. Butha diberi nama kerana matanya buta sebelah... Walaupun buta tapi dialah yang agak manja dan dialah juga yang selalu membuat onar dalam rumah... Aku syak, Butha mati dilanggar.... macam si Mei kucing ku dulu. Walaupun , laluan ke rumah jalan mati..tapi ada jiran-jiran yang membawa kereta dengan laju juga....
Dan yang paling aku kesian ialah Bubu ( kerana warnanya Kelabu diberi nama Bubu ). Si kucing ni jadi pendiam dan pemurung sehari dua ni...aku tahu dia kehilangan adik yang selalu bermain dengannya...Bubu pun dah tak riang dan lincah macam selalu. Barangkali dia kesedihan....
Jadi yang tinggal sekarang... si Bubu dan si Takut...( diberi nama Takut kerana dia cukup takut dengan kami...tak boleh nak dipegang langsung..) Tapi kesian Bubu kerana Bubu macam tak ngam dengan Takut.... Takut pun dok asyik menyembunyikan diri....
Yang aku musykil....di mana ibu mereka sekarang....sejak lepas raya aku dah tak nampak kelibat si ibu kucing... Agaknya dia dah yakin aku boleh menjaga anak-anaknya yang kian besar dan remaja..... alahai si ibu, bagaimana kalau dia tahu anaknya dah mati seekor...????

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Tersentuh hati kakcik baca kisah anak2 kucing ni... Ish, mana maknya ya? Takkan ibu kucing pun pandai buang anak?

AZNI BINTI MAT ISA said...

Uda~~

Memang seorang ibu sejati. tengok nama kucing2 yg uda beri pun dah menunjukkan u are very motherly..Butha,, Bubu,, yg tak tahan tu...kucing nama Takut..ish2 penyayang n very sensitif with creature on earth. u r 1 in a thousand.

Teruskan dengan sentuhan2 kemanusiaan uda. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.