Pages

Followers

Tuesday, November 3, 2009

Tugas baru....

Sebenarnya aku ada satu kebolehan... membuat bekas hantaran dan gubahan. Tapi aku tak ceritakan pada orang lain kecuali yang benar-benar mengenali aku... Semuanya bermula dari tolong-tolong orang nak kahwin... Lepas tu aku sedar, aku ada bakat dalam bab ini.... mungkin kerana aliran aku orang seni... kerja-kerja mengubah macam ada dalam kepala aku.

Baru ni, seorang kakak datang meminta bantuan ku untuk menyiapkan gubahan hantaran untuk anak sulongnya.... Jadi aku pun tak menolak pemintaannya..



Langkah pertama yang aku buat ialah membuat servey di Kedai menjual peralatan-peralatan membuat hantaran dan gubahan pengantin ini di Jalan Kuala Kangsar Ipoh...( Nama baru jalan ni aku tak ingat...) So..contoh-contoh di atas ni adalah sebahagian rujukan aku. Kerana kakak memilih untuk mengguna bekas plastik ini...jadi tumpuan ku pun pada kotak-kotak plastik yang telah siap digubah.....



Ini salah satu contoh bekas yang dipamerkan...Kebetulan tema yang aku mahu pun warna biru juga...


Sebenarnya nak buat bekas hantaran sekarang dah mudah sangat...bukan macam zaman aku nak kahwin dulu...bunga pun buat sendiri... Sekarang ni sebut la macam mana dikehendaki...siapkan duit saja...macam-macam pilihan ada...




Ok..... bila balik aku sebenarnya bagai tak sabar nak buat.....Malangnya aku begitu mengantuk malam tu....hehehhe...jadi projek ditangguh keesukkan harinya..( hari ni laa...)




Dan inilah hasilnya......Bekas hantar untuk diisi telekung.....

Dah lama tak melembutkan tangan dengan kerja-kerja begini....buat aku rasa tak sabar nak masukkan ke dalam blog....

Mmmm....siapa yang nak terima menantu.....
tunggu....dalam blog akan datang.
Sesiapa yang berminat nak tahu langkah demi langkah penghasilan bekas hantaran ini...bolehlah rujuk dalam blog www.beruscat.blogspot.com






5 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Ros..

kerja2 tangan ni nampak mmg mcm mudah je.. tp, kalau x de bakat mcm kakcik ni, cuba buat tengok.. keras tangan le jadinya! :)

roslaini saad said...

kak cik...
sebenarnya apa-apa pun minat...kalau ada minat semua leh jadi...tak payah pergi sekolah pun boleh buat...
yang susahnya...pergi sekolah di ajar pun tak boleh-boleh...

FaAtip said...

Masalahnya dari dulu hingga kini fa tak minat menjahit, menyulam, menganyam, menggubah. Tak taulah kenapa. Yang sukanya mengemas dan menghias jee..hehe

AZNI BINTI MAT ISA said...

Uda~~
pencen nanti boleh bukak kedai kraf~~ Uda memang berbakat

roslaini saad said...

Aint...
Allah tu adil...Dia temukan dengan Atip yang pandai kerja seni...macam kak ros juga..suami minat pun tidak dengan kerja-kerja seni... apriciate pun tidak..heheh buat semak lagi ada..

Dekni...
pencen..hehe banyak angan-angan..tak tau badan ok ke tidak..heheh silap-silap jaga cucu je..