Pages

Followers

Thursday, October 29, 2009

Rezeki.....bersyukurlaa....

Hari ini seorang rakan bekas guru sekolahku datang ke sekolah....Seperti biasa aku tahu bukan aku orang yang dia cari...heheheh...Tapi entahlah...walaupun aku akan menyambutnya dengan salam dan senyuman...namun jauh di sudut hati mahu melarikan diri..
Dia sekarang seorang pensyarah di Institut Perguruan di Ipoh ni....asalnya guru biasa juga seperti aku...Al- kisah, bila aku dapat tawaran biasiswa untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana...sekaligus aku juga menjadi pendorong kepada beberapa rakan lain untuk membuat tindakan yang sama iaitu sambung belajar dan memohon biasiswa....
Jadi...setahun selepas aku sambung belajar, kawanku ini juga berjaya dapat tawaran yang sama bersama seorang rakan lain.... tetapi bidang berlainan. Kerana dia menyambung belajar di Universiti yang sama denganku...kami jadi rapat. Kami saling bantu membantu...terutama mencari tempat tinggal dan berulang alik ke universiti...
Selepas tamat pengajian dengan jayanya...aku balik ke sekolah...menjadi guru biasa semula..dan sehingga sekarang menjadi guru seadanya..... Tetapi berbeza dengan rakanku ini, sebaik tamat pengajian dia terus melaporkan diri di bahagian pendidikan guru..dan terus di tempatkan di Institut Perguruan.. dan hari ini bergelar pensyarah..( DG48)..
Barangkali ini yang dinamakan rezeki masing-masing.... ..aku masih seorang guru biasa dan dia telah pun menjadi seorang pensyarah.... Sebenarnya bukannya aku tak teringin nak mengikut jejaknya...menjadi pensyarah...tapi malangnya sebaik aku habis belajar dahulu, tak siapa pun yang memberitahu supaya aku melaporkan diri di bahagian Latihan guru... dan setelah masa berlalu...aku terasa kekangan mengurus anak-anak ke sekolah balik sekolah...Lainlah dia yang ada pembantu rumah..
Tapi tak ku nafikan...setiap kali berjumpa dengannya perasaan rendah diri tetap ada sebab itu aku ingin mengelak je jumpa dengannya...dan aku tetap redha..Kerana aku tahu Allah yang memberi nikmatNYa...dan rezekiNya....dan aku tak tahu apa rencana Allah terhadapku... hari ini aku mungkin guru biasa..tapi esuk-esuk aku tak tahu siapa aku.....heheh ( Kalau guru biasa pun tak mengapa... sebab aku tak mahu pening-pening kepala fikir hal orang lain...hheeh) Dan yang penting... aku ada bersama keluargaku yang aku sayang....
Lain-lain hal aku malas nak fikir lagi...hehehhe janji aku bahagiaaa.......

5 comments:

aznimatisa said...

Uda~~
Rezeki Allah beri kat uda lagi best..hmm anak2 lelaki uda yg hensem dan macho tu,, ada orang ada harta,,tak de anak,, ada orang ada anak kurang harta,,.kita ni sedang2 aje..
Tajuk n3 Rezeki...bersyukurlaa... mengingat dan menginsafkan dekni..bahawasanya kesempurnaan itu milik Allah SWT.

aintsuperwoman said...

kak ros,

Come I nak share something with you. Adapun Mr. Atip pernah jadi best student in textile. Dah ditawarkan ke Rolchester Art School lagi. Katanya Puan Fatimah banyak kali suruh mintak jadi lecturer (actually I dah hafal cerita2 Atip ni...A sampai Z...dari mula dia daftar di ITM Dungun....sampailah dia tiba di Cherating)

And ofcourse lah most of his friends yg Fa dah jumpa dah jadi lecturer, jadi cikgu, jadi dekan....but he and we never regret because...itulah ketetapan sebenarnya. As long as we are happy and love each other. Yakin bahawa this is our rezeki, and Allah lebih mengetahui.

Kak Ros jgnlah rasa ada inferiority complex sebab you are special with your own way....right?

Walaupun dari segi gaji or kedudukan, dia mungkin lebih satu hon gituuuu...but then, every each one of us, ada kelebihan yg tersendiri.....

So, better stand still !! :)

roslaini saad said...

Dekni dan Aint SW...
Anyway thanks...sebab tu seronok tulis diblog...bila tulis ada kawan-kawan yang jadi penyejuk hati...memang betul dekni...uda beruntung kerana ada anak-anak yang sihat..berbeza dengan anak-anak kawan uda tadi..( mulanya uda nak tulis..tapi tak sampai hati.. salah seorangnya OKU dan seorang lagi sakit jantung..)
Dan sebenarnya uda dulu best student tekstil 86...tapi lambat dapat ATD..tulah rezeki Allah..tapi Allah permudahkan bila minta biasiswa ..sekali mintak dah dapat..orang lain ada yang tak dapat langsung...ok...tq again my friends..

gemagong said...

alhamdulillah syukur kita seadanya

aznimatisa said...

Uda~~

Rezeki Allah padamu..

Roslaini yang beriman,Roslaini yang sweet n tender, Roslaini yang healthy, Roslaini yang ceria dan bijaksana..pendek kata,,macam2 ada ^..^

sebenonyer Roslaini sedo tu semua..yg dia tak perasan,,begitu ramai yang envy n admire dia as a loving person yg punyai rakan2 dan family yg terlalu sayangkan dia...kan,,kan,,kan ^..^