Pages

Followers

Friday, November 6, 2009



Ini sahabatku Raja NOrshiba binti Raja Azidin....Sweet kan orangnya..masih bujang...!!!

Aku mula rapat dengannya sewaktu kursus ATD tahun 90. ..Kami sebilik di Hostel Kenanga bersama seorang lagi rakan Zalina ( sekarang cikgu di Pahang). Semester pertama ATD aku sebilik dengan Dekni..dan bila Dekni kahwin,..aku kenalah cari roomates baru...

Shiba ..panggilan yang selalu aku gunakan...ada juga yang panggil Kak Ungku...memang dia ada darah kerabat Raja Perak. Jadi tak hairan, kalau aku katakan kebanyakkan adik-beradiknya memang dilahirkan jadi orang seni...Salah seorang daripadanya Raja Shariman, pengarca yang begitu terkenal di Malaysia. Adiknya Raja Norshila di ASWARA..( bahagian muzik ) seorang adiknya juga pensyarah ( kalau aku tak silap) juga lulusan Art and Design Uitm. Dan bapa saudaranya...YM Prof Raja Zahabuddin.. Shiba adalah junior aku semasa di Tekstil ( AD83-87)

Sebenarnya walaupun aku rapat dengan Shiba...tapi dia juga banyak berahsia..terutama hal-hal peribadi....tapi memang boleh dibuat kawan berbual dan meluah rasa... kadang-kadang ada juga hal yang kami kongsi bersama...

Shiba sekarang bertugas di Sabah...dah hampir 2 tahun di sana...keputusannya pindah ke Sabah memang mengejutkan ramai kawan-kawan...ramai juga yang tertanya-tanya kenapa begitu juga aku. Tapi akhirnya aku tahu juga kenapa... Tapi kadang-kadang aku fikir keputusannya betul juga... bila lagi nak merantau, selagi bujang inilah peluang. Kerana selama ini Shiba menjaga bonda yang dah uzur hingga ke akhir hayat.

Sebenarnya antara aku dan Shiba... ada satu peristiwa yang tak mungkin aku lupakan selamanya..... Kalau orang lain barangkali , kami sudah tidak bersahabat..tapi aku tahu dia tak bersalah...dan dia pun tak pernah menyalahkan aku... semuanya gara-gara (ahh...tak payah la cerita....)
Tetapi terus-terang aku katakan...memang aku respek Shiba....
Walaupun peristiwa itu pernah menyusahkan hidupnya....tapi dengan aku macam tak ada apa-apa... aku yang kadang-kadang malu dengan dia..cuma pengajaran bagi aku...kalau berjalan rumah kawan-kawan baik.... yang cun, yang manis, dan masih solo....jangan pergi dengan suami...heheh takut dia jatuh hati....susah jadinya..!!!!

7 comments:

gemagong said...

ayat akhir tu nasihat ke amaran...he2...anak buah Dato' Raja rupanya...

FaAtip said...
This comment has been removed by the author.
FaAtip said...

kalau berjalan rumah kawan-kawan baik.... yang cun, yang manis, dan masih solo....jangan pergi dengan suami...heheh takut dia jatuh hati....susah jadinya..!!!!

(kak ros...siapa jatuh hati kat siapa....kira sama je la kan...uishh bahaya le..) hehehehe

roslaini saad said...

haha..ayat yang akhir tu agak mahal...
Aris...nasihat pun iyer..ingatan pun yer juga....
Aint...
kalau kak ros masih baik ngan shiba...sapa yang jatuh hati...

AZNI BINTI MAT ISA said...

Uda~~

Tahniah untuk posting yg telus dan ikhlas

Khas untuk Tuan Aris~~
Pisau sudah ditangan apa lagi...jangan lembab2, terhegeh2,, jika jadi katakan jadi..kita serius ni..saya boleh jadi orang tengah untuk pinang hati Shiba,, Aris tlg hantar msg kepada fb saya supaya mudah saya jalankan jarum ke Sabah.

Dia confirm akan hepi dapat family u,, n u juga akan hepi dapat pengganti mak budak2 kat rumah tu.Meriah lah nanti kenduri di Bukit Chandan. Kami dah lama tunggu nasik minyak Shiba.

roslaini saad said...

Dekni...
Uda dah lama juga teringat nak pegukan Gemagong kita ni ngan kawan kita Shiba...tapi tak tahu cara...moga cara ni ada laluan...
Aris..kalu sudi kami boleh bantu..

FaAtip said...

ehem..ehem...kami berdua kat sini pong boleh tumpang gumbira!!! :-)