Pages

Followers

Friday, October 23, 2009

PERSARAAN KAK ANI....( PUAN NORINI SULAIMAN)

20hb Oktober baru ni....merupakan tarikh persaraan bagi seorang staff guru di sekolahku...Dia yang ku maksudkan ialah Puan Norini Sulaiman...atau lebih mesra aku panggil Kak Ani. Malah bukan aku aje yang panggil Kak Ani... malah hampir semua termasuk pengetua...
Kak Ani pada aku bukan sekadar seorang rakan setugas malah seperti kakak aku sendiri...kerana padanya tempat aku mengadu segala masalah, berkongsi suka duka kehidupan yang tak mungkin aku kongsi dengan orang lain. ...Dan yang mengeratkan kami kerana kami sering berkongsi satu masalah yang sama.......
Kak Ani sebenarnya begitu dikagumi di sekolah kerana kebolehannya dalam bidang masakan.... Laksa Johor...dan pelbagai masakan lain memang menjadi kegemaran kami di sekolah terutama rakan-rakan guru yang umpana adik-adiknya... Bila raya... biskut kak ani menjadi pilihan....tapi sekarang banyak kerja-kerja membuat biskut diambil alih oleh anak-anak...

Ini suami Kak Ani...Aku panggil Abg Sham.. Satu-satu suami kawan setugas yang berani aku panggil abang... Malah mesra macam abang sendiri. Pernah satu ketika aku mengalami kemalangan... orang yang terlintas di fikiranku adalah abang Sham dan Kak Ani...( masa tu suami ku bertugas out station...) Mereka lah yang membantu sehingga semuanya selesai... Abang Sham ni kadang-kadang membuat katering....tapi paling aku tak lupa, mereka mesti tak lupa anak-anak aku kalau ada lebihan makanan.....

Kak Ani dikurniakan 7 orang anak...6 perempuan dan seorang lelaki....dan kesemua anak-anaknya boleh kupuji kerana menghormati orang tua dan mendengar kata....Yang sulung telah pun berumahtangga dan akan menyusul seorang lagi pada bulan 12 ni....( Kalau nak cari menantu atau bakal isteri...aku berani rokeman anak-anak kak ani, kerana kebanyakkan mereka pandai masak, hormat orang tua dan cantik budi bahasa....)

Meraikan persaraan Kak Ani... walaupun simple tapi meriah, dengan iringan bunga manggar dan paluan kompang.....Dari riak wajah Kak Ani memang dia terharu.....

Untuk kali terakhir dalam perkhidmatan perguruan kak Ani diraikan.....

Suami di sisi sentiasa membantu,...kerana di tahun-tahun akhir sebelum bersara, kak Ani mendapat penyakit yang menyukarkan pergerakkan....( Kak Ani beruntung kerana dapat suami yang sabar dan rajin serta pandai mengurus rumahtangga.....)

Ucapan dan nasihat terakhir kak Ani kepada anak-anak didik......( walaupun ucapan terakhir, masih memarahi budak-budak yang bising semasa beliau bercakap....)

Satu persembahan pelajar untuk Kak Ani.....ada sesuatu yang melucukan dalam persembahan mereka.....tak tahulah ide mereka atu ide guru yng membimbing

Acara menyampaikan hadiah...dari kelab guru, pelajar -pelajar dan juga dari sahabat-sahabat...

Aku pun dapat memberi hadiah batik sebagaimana yang aku hajati....Batik yang ku buat baru sempat siap sehari sebelum majlis..tapi tak sempat diframekan...( Minta Faiz tolong tangkap gambar....tak difokuskan dekat...)


Inilah lukisan batik yang ku hadiahkan kepada Kak Ani....cantik takk....












1 comment:

AZNI BINTI MAT ISA said...

uDA~~cantik banget lukisan batik itu...kalu dekni pencen hadiah 1 ek..hee.cedeh kan kak ani dah x der kat skolah walaupun stil bole jumpa tapi da x sama sbb msing2 ada kehidupan sendiri,,cam kita 2 laa..huhu