Pages

Followers

Friday, October 9, 2009

Open house....dan ucapan raya...

Open house....??? Memang banyak open house kebelakangan ni....tadi pun waktu orang lelaki ke Masjid sembahyang Jumaat, Farizah ( kawan sama guru ) jemput ke rumah buat makan-makan untuk geng-geng ladies sahaja.... Aku pun memang tak lepaskan peluang kalau di jemput... Kalau tak dijemput aku segan juga...
Ada orang kata open house tak payah di jemput...datang aje, asal kita kenal ...isykkk bagi aku malu juga... Macam yang berlaku baru ni, seorang kawan buat open house, aku dengar kawan-kawan ada sebut...tapi aku tak dengar dia jemput semua....Memang dia kawan yang biasa dibawa bergurau ..( walaupun tak akrab sangat..), tapi kemudian selepas harinya baru aku tahu, dia jemput semua kekawan...tapi penyampai jemputan tak beri gambaran yang jelas....mmm bukan rezeki laa tu...heheh.
Sebenarnya dari sebelum raya aku terima pelbagai sms ucapan hari raya... sayang nak ku deletekan...
Dari Azmi Murad :
Kian berlabuh tirai ramadhan,
lambaian syawal kian dinanti,
Luhur ikhlas Mohon kemaafan, Tanda ingatan
kekal di hati.
Salam Aidilfitri dari Azmi Murad sekeluargaa.
Dari Shidah ( rakan sebilik..masa sama-sama buat Sarjana Pendidikan di UPSI )
Melawak tak selalu tapi mesra,
Kasih tak dalam tapi kekal,
Senyum tak manis tapi ikhlas,
Hati tak cinta tapi rindu,
Mesej tak kerap tapi ingat,
Salam Aidil fitri , Maaf Zahir Batin.
Dari Cikgu Sam ( HEM sekolah ) :
Selamat Hari Raya ,
Maaf Zahir Batin.
Semoga Kehidupan sentiasa diberkati Allah.
Daripada Cikgu Samsudin, Ustzh Nurusobbah, Muhammad itqan,
adnin sofia.
Dari Cikgu Razak ( Smk simpang, Taiping ):
Syawal mengintai dan menjelma,
Duit nak pakai bersampul-sampul banyaknya,
Kalau ada silap dan tak kena,
Maaf zahir batin ku pohon hendaknya.
ikhlas dari cikgu Razak Simpang dan keluarga.
Daripada Ezween ( ex student ):
Terang sungguh alam semesta,
Diterangi dengan lampu pelita,
riang raya tak terkata,
harap maaf ampun dipinta...
Selamat Hari Raya...
Maaf Zahir Batin...
Daripada : Ezween dan family
Daripada Kak Pidah:
Selamat Hari Raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin,
semoga dirahmati dan diberkati oleh Allah.
- Ropidah Saad
Daripada pakcik ( Rasdi di Melaka ):
pejam celik, pejam celik dah 29 hari puasa,
pejam celik, pejam celik , esok dah nak raya....
Sebelum pejam tak celik-celik , ampun dan maaf jua dipinta...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.....
daripada Rosni dan famili - Melaka.
Daripada Jaafar ( ex student):
Walau...
langkah tah bertemu,
tangan tak bersalaman,
mata tak bertatap,
kata tak terucap,
tetapi..
dengan rasa rendah diri
seikhlas hati saya ingin mengucapkan....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN..
sepanjang perkenalan kita.
Dari - Jaafar , Ipoh.
Daripada Zuraini Che embi:
Tiada kata seindah zikir,
tiada hari seindah Syawal,
Untuk itu izinkan kedua tangan bersimpuh maaf
untuk lisan yang tak terjaga,
janji yang terabai
dan semua sikap yang menyakitkan,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
semoga raya ini lebih bermakna dan diberkati.
Allah s.w.t. amin.....
Daripada Shida..
Salam aidilfitri...
Jari disusun, maaf dipinta,
Andai ada tersilap bicara, Adat kita manusia biasa.
Tiada yang sempurna,
melainkan yang Esa....
maaf zahir dan batin
Dan yang ini buat aku tersenyum...daripada Azlina :
Biar kulit segelap Almond London,
asal hati sesuci kuih bangkit,
Biar iman sekental dodol,
jangan senipis rempeyek,
Biar jiwa selembut bahulu,
asalkan akhlak secantik biskut dahlia,
senyumlah semanis Wajik,
agar lembaran yang disambut lebih bermakna.
Selamat hari lembaran dari Azlina sekeluarga.

4 comments:

amelia said...

cikgu, nak nombor telefon boleh tak? :-D

roslaini saad said...

no talifon nanti bagi kat sekolah ok ..

aintsuperwoman said...

amboi banyaknya dapat ucapan raya. Saya pun dapat juga, (in my heart said) rajin nya deme berpantun, bersajak2......

rumah terbuka ni dah jadi pesyen kan...kalo kat kampung tak de macam ni, anybody free to go.

amelia said...

cikgu, bisul saya dah kene picit oleh kakak saya.. sekarang tak tahu le ok ke tak.. tapi nanah dah takde da.. keluar darah banyak tadi. risau juga pasal bahagian punggung, takut nanti tak dapat nak duduk atas kerusi..