Pages

Followers

Sunday, October 4, 2009

Memory Lane... dan Open house...



Sebenarnya dah lama aku tak pergi ke Memory Lane....bila suamiku sebut aje nak pergi aku terus nak mengikut....bukan apa kebelakangan ini aku sering membaca blog dan ada beberapa rakan blog yang rajin mengumpul pinggan mangkuk lama.... dan aku jadi teringin nak tahu dan melihat beberapa koleksi lama di sana....

Untuk Pengetahuan yang membaca blog ini.. Memory Lane adalah seperti pasar lambakan menjual barang-barang lama /antik dan ada juga barang baru yang dijual dengan harga berpatutan..... Pasar ni menjadi tumpuan pengumpul-pengumpul barangan antik dan lama.... ( sedihnya...aku terlupa bawa kamera...)

Beberapa bulan yang lalu sewaktu aku ke sini...aku begitu tertarik dengan sebuah tembikar mambong....cantikkk.... tapi harganya boleh tahan juga...dalam rm 200 gitu hehehhe...jadi aku tak ambil laa....dan tadi aku terpandang pemain piring hitam yang lama..... aku jeling dua tiga kali juga hahahah..... barang antik boleh tahan juga harganya... Tetapi yang aku lebih tertarik...teko lama berbunga kangkong... pun aku jeling je..heheh sebab aku tak ada tempat nak simpan benda-benda ni... Jadi aku dah simpan cita-cita nak beli satu almari dulu baru kumpul apa yang menarik minat aku.....( setakat ini aku cuma ada tepak tekat....hehehe sebab aku ramai anak lelaki...nak meminang senang..)

Akhirnya aku beli satu benda....kerana benda ni ada kenangan nostalgia semasa belajar dulu....hehe ....Rotring set di atas...RM 4.00 je..walau pun tak berapa lengkap tapi masih boleh digunakan.... dulu masa student kalau dapat beli satu set rupa ni rasa dah mewah benar....mahal juga harganya sekarang.... Suami aku biasalah...kalau ke sini mesti mencari teropong.... minat betul dia dengan benda ni.

Sebenarnya kalau nak ke Memory Lane kena ada matlamat dulu...maksudnya mesti tetap apa nak dicari....kalau tidak kita jadi rambang mata dan lebih memudahkan pencarian. Dulu aku tak faham kenapa orang suka ke sini.... kerana di mata aku benda-benda ni cuma benda lama....tapi lama kelamaan baru aku faham, benda-benda ni ada nilai nostalgia. Bagai contoh, piring-piring hitam lama.... mana ada lagi sekarang. Begitu juga dengan playernya... Dan satu lagi kerana minat...contohnya jam-jam lama.....
Aku sebenarnya masih berfikir...barang apa yang minat aku nak kumpul...... kurang-kurangnya benda-benda ni akan jadi kenangan untuk anak cucu... ( bayangkan dailog cucu aku nanti....wehhh...lesung batu ni colection opah kita laa....cantik kan....!!!! heheheh ).MMmmm...apa-apa pun nak colect benda-benda ni nak kena modal juga.... Macam sebuah teko yang ku tanya harganya tadi....RM55 ..bebb... cantik memang cantik, berkenan memang berkenan....tapi dalam hati kecil aku pula bercakap, kalau beli satu set baru..boleh angkat hidang kat tetamu datang....( Aku memang jenis mendahulukan keperluan dari minat...hehehe )
Cuma satu perkara yang aku dan suami suka kalau ke Memory lane...selain menjamu mata kami boleh juga exercise....heheh jauh juga berjalan...letih pun bukan main.
Untungnya sebelah tengaharinya pula kami dapat jemputan kenduri kahwin..anak muridku dulu. Dan bapa pengantin adalah mantan Penolong kanan satu di sekolahku .( sekarang pengetua di sebuah sekolah di Ipoh..) seronoknya pergi kenduri kahwin...kerana menemukan kita dengan beberapa orang yang dah lama tak jumpa. Dan aku sebenarnya terperasan beberapa wajah yang macam ku kenal....barangkali bekas pelajarku dulu, rakan si pengantin. Tapi kerana mereka tak menegur..aku biarkan aje.
Balik kenduri, kami terus ke satu open house...walaupun perut dah penuh tapi bila ternampak daging rusa salai...hehehe rasa-rasa rugilah kalau tak makan...Makan sikit ..( jangan tak jamah orang kata...) Tuan rumah...Wiza kawan aku yang sekarang dah bertugas di JPN...nampak ceria. Rumahnya baru je siap...jadi aku ambil kesempatan masuk ke dalam dan lihat interiornya....Cantikkk...tapi sayang tak ada gambar untuk dikongsi bersama, sebab aku tak bawa kamera....Wiza sempat minta pada aku buat satu frame batik.....(heheh, kalau rumah sebegini cantik, rugilah kalau tak ada batik aku....)

3 comments:

FaAtip said...

Barangan antik dan lama? Hai, kalau ada peluang (ntah bila) nak jugak rasanya pergi tengok. Kak Ros, next time nak pergi inform la dulu ye! Saya nak kirim kot 2 ada seterika yg pakai arang tu...hehehehe......

Bab teko2 ni, aduhai, saya boleh jadi tak keruan. Especially kalau ala2 teko dari cina.

roslaini saad said...

kalu sterika lama pakai arang tu memang ada di situ...cuma tak pernah tanya harganya...

gemagong said...

tahniah dah mula minat kat antik...lama2 boleh jadi hobi..lama2 lagi bole jadi pengumpul...lama2 bole jadi penjual pulak...he2...

asw...nak seterika tu kat sini mahal gak dalam 200 keatas tengok jenis