Pages

Followers

Sunday, October 4, 2009

Solat Hajat dan bacaan yassin...


Semalam diadakan majlis solat hajat dan bacaan yassin di sekolahku. Majlis diadakan khusus untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM....


Sambutan alhamdullillah begitu menggalakkan...boleh dikatakan ruang dewan aspura tempat majlis solat hajat dan bacaan yassin diadakan, penuh dengan ibubapa , pelajar dan juga guru. Barangkali kerana diadakan siang dan pada waktu pagi ramai yang boleh hadir...


Balik dari majlis di sekolah, aku terus ke rumah seorang kawan , Kak Mah yang pernah mengasuh anak-anak ku.... Aku dapat berita sedih mengenai seorang kawan yang kehilangan anak kerana kemalangan pada raya ke 7. ...Dan satu lagi.... tragedi malang yang berlaku di Ipoh yang menimpa dua anak muda apabila kereta yang mereka naiki dihempap bangunan runtuh rupanya kawan kepada anak kak Mah. .. Al- fatihah untuk mereka.

1 comment:

secangkir madu merah said...

semoga mereka berjaya didalam peperiksaan.. dan takziah kpd kawan mu itu..