Pages

Followers

Friday, October 2, 2009

Kunjungan kakak dari Seberang Perak.....




Hari raya kali ini hanya seorang saja kakak yang datang berkunjung ke rumahku....Yang lain aku faham kerana mereka menghabiskan cuti di kampung...lagipun dah jumpa di kampung..Lagipun aku antara yang akhir berada di kampung...Yang lain balik dulu..
Kak Kiahku datang bertiga dengan anaknya Hafiz ( sekarang imam muda di Changkat Lada) dan Izzah ( baru balik dari Syria...). Kak Kiah, kakak ku yang ke 5 ( anak ke 6) Orangnya pemalu dan tak banyak cakap...cukup merendah diri. Tapi yang aku paling respect tentang beliau....tahap kesabarannya cukup tinggi... Berbagai-bagai dugaan dalam hidup ditempuhi, tapi cukup sabar... Sekarang berkat kesabaran ...dia ada sebuah kedai di Seberang Perak. Perak Tengah... menjual pelbagai stationery dan alat-alatan...Kak Kiah aku ni, yang aku perasan sejak dari remaja memang ada bisness minded... pernah jual kalender sekolah dari rumah ke rumah... Bantu abah jual ikan belanak dan ikan masin, jual asam keping dan macam-macam.
Dalam ramai-ramai adik beradik perempuanku..Kak Kiah ku antara yang paling cepat kahwin. Umor 19 th dah bertemu jodoh... umor 20 th dah dapat anak... ( Keistemewaan Kak Kiah, dia lain sikit dari kami semua..kerana kulitnya agak hitam manis, berbanding yang lain putih kuning..
Kerana Imam Muda, Hafiz dah bagi tahu nak datang...sempatla petang tu aku lari ke kedai mencari mee kuning untuk dibuat mee goreng...( juadah paling simple yang aku tahu...) tapi alhamdullillah...lincin juga bila dijamu. hehehe....
Pada Hafiz, sempat juga aku mengusik, bila lagi nak cari calun...( umur dah 28 tahun..) rupanya dia memang dok tengah mencari-cari calun yang sesuai....ermm...makan nasi minyaklaa...tak lama lagi..

4 comments:

FaAtip said...

Kepada Hafiz,

Jangan lama2 sangat mencari calon. Rugiiii.... :)

AZNI BINTI MAT ISA said...

alhamdulilah Kak kiah dapat anak yg gitu uda.sronok baca posting uda.rasa dekatttt dihati

gemagong said...

cantik header...siapkan lukisan tu ya

roslaini saad said...

Aint...kalau ada calon sesuai boleh laa rokemen...hehhehe boleh jadi sedara..

Dekni....Kak Kiah ku ini tahap penderitaannya dulu kalau diceritakan boleh menitis air mata...tapi alhamdullillah...Allah dah permudahkan dan perkenankan doanya dengan anak yang soleh...

Aris....Akhirnya catan tu siap..tapi tersadai kat bilik stor .hehe begitu laa selalunya saya..