Pages

Followers

Sunday, October 18, 2009

Kenduri Naik Buai ....kat Bota.


Sabtu, 17hb Oktober.... Aku terpaksa menolak beberapa open house dan satu program bersama Persatuan Pelukis Perak Darul Ridzuan sempena Satu Malaysia....kerana keluarga di sebelah suami ku mengadakan kenduri Naik Buai ...untuk anak adik Iparku Azmi..
Dalam entry, di awal bulan Ramdhan...aku ada menulis tentang Azmi mendapat anak sulung, baby girl....Amira. ( Nama penuh aku tak tahu..hehehe )

SEbenarnya aku dah masukkan gambar si ibu muda ....birasku...Azizah. Tak tahu kenapa gambar tu teredit dan tak dapat dimasukkan semula..


Di kampung Bota ini... sudah menjadi adat meraikan anak-anak yang baru lahir dengan majlis yang dinamakan Naik Buai....
Berbeza di kampung di sebelah Taiping, Majlis begini dinamakan majlis cukur jambul.....

Di majlis ini si anak kecil diraikan dengan dinaikkan buaian, dan didendangkan dengan puji-pujian serta selawat ke atas nabi.. oleh sekumpulan wanita ...
Buaian dihias cantik dengan bunga-bungaan dan di gantung kan dengan emas......( emas betulll....hehe ).
Si Kecil diletakkan di dalam buai dan di tarik oleh dayang pengasuh.....


Dalam majlis begini biasalaa...anak-anak gadis kecil memang berminat...
Jadi ...anak-anak aku jangan haraplaa nak menjenguk ke atas...di mana majlis ini dilangsungkan.
anak-anak lelaki memang tak berminat.....















Dayang-dayang pengasuh....terdiri dari dari anak-anak Kamariah dan Zubaidah...adik-adik Ipar....

Untuk jamuan....tetamu dijamukan dengan makan nasi. Lauknya....gulai ayam, rendang daging, gulai labu, sambal tempoyak , sambal kuini ...ulam-ulaman... dan rendang tok serta acar buah...( yang disponsor suami... Nak bagi duit..emak mertuaku tak mahu...)









Ini Mak we ku....kakak kepada emak mertuaku...ahli tertua dalam keluarga suamiku...Baru kehilangan suami tahun sudah. Walaupun dah berusia tapi masih kuat dan mampu mengurus diri sendiri....
Bila anak-anak dah remaja...satu kelebihannya ialah bolehlaa mereka menolong kerja-kerja mengangkat hidang ...aku jadi pengarah jelaa...heheh


Yang betul-betul jadi pengarah ....ehehhe orang di bawah ni....suami ku laa... Yang diarah anak-anak le..... Razi, Hakim dan Faiz......

Di bawah adik ipar ku Kamariah...... Aku tak sempat pun bersembang dengannya...kerana dia begitu sibuk..... dia jugalaa yang banyak menolong emak memasak dan mengurus menjalankan kenduri ni.... Kamariah menetap di kampung ni, sebab tu dia sentiasa ada di sini.....


Ini ibu mertuaku.....Begitu keletihan..... Ibu mertuaku ni...kalau meraikan orang memang nak perfect,...kalau boleh tak ada cacat cela.... Aku boleh agak, pagi kenduri mesti dia bangun seawal puku 4.00 pagi....... Dia memang tak senang nak tidor kalau nak kenduri. Sebab tu dia keletihan....


Dan tetamu pun di jamu, setelah doa selamat dibacakan..... jemputan hanya jiran tertangga yang dekat sahaja...

Walau pun dah hampir 18 tahun menjadi orang Bota...ada juga yang aku masih tak kenal... misalnya tetamu di bawah ni....


Ini adik Iparku....Latif..anak yang keempat. Suamiku anak sulong...Latif pun banyak menolong emak... terutama dalam urusan tanah kebun... dia memang berminat dalam kerja-kerja kebun.


Yang tak ada gambar dalam entry ni....adik ku Azmi dan isterinya....aku dah try nak download...tapi tak tahu kenapa ada masalaah.. Malah aku kena menulis dua kali kerana entry ku di translate ke bahasa Inggeris...oleh komputerku...Kalau bahasa standard tak pe...bahasa tunggang langgang....hehehe.. Malah ada beberapa gambar yang aku dah download ...hilang bila aku edit semula.....



















5 comments:

AZNI BINTI MAT ISA said...

Fuioyp uda...adeh deh deh..tabek spring kat uda tulis omputeh. Beh la citer ni!!i like..hehe. t dekni wat n3 anak sunat gaya orghang perghok pule ye...hehehe

FaAtip said...

sambal kuini?!!! saborrrr je leeee....

teringat masa afeeq (anak sulong) kitorang naik buaian kat Kg Pasang Api.

Kakcik Seroja said...

Bestnya lauk pauk tu... yummy... Macam terasa-rasa kat lidah dan tekak.. :)

roslaini saad said...

Alahai..dekni...entry dekni dapat bahasa omputeh ke...memang kerja si komputer ni laa..dia pi translate ke bahasa inggeris...


Aint.. Sambal kuini...heheh memang sedapppp....

Kak Cik...kenduri kat kampung tu yang special...lauk pauknya lain sikit... tu belum lagi masuk gulai tempoyak dan gulai nangkaa....hehehhe lagi meleleh air liur...

gemagong said...

satu n3 yg menarik untuk saya pelajari pasal budaya...

tang tuan pengarah tu...kalau saya kat situ kecut perut gak tu...serius semacam...he2