Pages

Followers

Thursday, September 3, 2009

ooh..Kedai Mamak.

Sepanjang bulan Ramdhan ni dah lama juga tidak menjamu selera di kedai mamak.... Semalam lewat jam 11.30 malam, anak-anakku mengadu lapar dan mengajak keluar. Pilihan aku adalah ke kedai makan mamak yang berhampiran. Berhampiran rumahku ada 3 buah restoran mamak yang sering menjadi tumpuan pengunjung tidak mengira bangsa....sebab itu aku selalu fikir...inilah model satu Malaysia yang terbaik.....

Bila ke Restoran mamak...Kecil selalu memilih roti canai dan milo ais.....

Faiz dan Hakim....pantang bila dengar aku nak keluar jalan-jalan cari makan....

ais blended pilian Hakim....Perasa kopicino....ermm...kalau di siang hari bulan puasa ni mahu kecor air liur.....
Pilihan aku seperti biasa adalah tosei...... Sesekali pekena tosei memang menyelerakan...
Ini pandangan di dalam restoran Mamak . Sebenarnya ramai pengunjungnya...tak kira bangsa..terutama bila ada pertandingan bola di tv..... Kadang-kadang tertanya sendiri mengapa restoran mamak ini menjadi daya tarikan pengunjung.....
Selain kemudahan tv ( berbayar ) untuk menonton bola, ada juga kemudahan internet....dan yang lebih penting barangkali keselesaan....sesuai untuk perbincangan dan pertemuan.
Tetapi yang aku paling suka di restoran ni kerana servicenya cepat.....tak perlu tunggu berjam-jam.. berbanding restoran orang kita..




4 comments:

gemagong said...

wah tinggi ais blendednye...saya kurang dan jarang gi kedai mamak..kalau dah takde pilihan dan nak cari capati baru masuk

A.Shukri Elias said...

saya pun dah kurang ke kedai mamak kecuali terpaksa.saya rela ke kedai orang kita walaupun sevisnya lambat, masaalahnya tak banyak yang terdapat. Di puncak alam hanya terdapat satu sahaja. yang lain, tak mamak, siam .

Kakcik Seroja said...

Kakcik pun hanya akan masuk ke restoran mamak kalau 'terpaksa'. Dah tua2 ni.. selera menjadi pemilih, kalau masuk pun, menu pilihan kakcik macam Ros juga - tosei. Nasi Kandar membuat tekak menjadi 'semacam' walau sekadar menyebutnya!

roslaini saad said...

Saya pun sebenarnya lebih suka ke kedai Melayu...malangnya, tak banyak restoran melayu buka di waktu malam. Yang ada agak jauh dari rumah...Sama macam Aris dan Kak Cik Seroja...saya pergi cuma bila teringatkan tosei, capati dan seumpamanya.....