Pages

Followers

Thursday, September 3, 2009

Sekolah oh sekolah....


Dah tiga hari sessi persekolahan bermula semula.... Hari pertama sekolah dibuka, sekolah seolah-olah sunyi dan sepi.. tambahan peperiksaan percubaan SPM bermula mulai selasa. Masuk ke kelas, kebanyakkan pelajar kelihatan letih dan lesu kecuali pelajar bukan Islam yang sentiasa aktif dan tak henti berbual. ( kadang-kadang rasa nak bubuh plaster tampal mulut mereka supaya diam.....)

Dua hari di sekolah...pegetua tiada, khabarnya ada kursus di Kuala Lumpur. Tetapi dalam contact time semalam, panjang jela pesanannya untuk guru-guru disampaikan oleh PK I....Aku cuba merisik khabar-khabar kononnya dia akan ditukarkan...tapi nampaknya belum ada kepastian dan kebenaran khabar -khabar angin tersebut.....

Dua hari di sekolah, aku masih meneruskan kerja-kerja membuat catanku yang terbengkalai hampir seminggu....kononnya nak sambung cuti sekolah, langsung tak berusik. Dan semalam aku tetapkan hati untuk menyudahkannya....( gambar belum di download untuk dikongsikan bersama.) Ternyata gaya impressi lebih menyenangkan hati...terasa sedikit kebebasan.( kalau gaya realis kita lebih berhati-hati dan mengawal pergerakkan berus ).

Dan semalam....PK I menyuarakan hasrat untuk melantik aku menjadi guru media, mengganti Zuraini yang dinaik pangkat menjadi Penolong Kanan tingkatan 6.... Aku tak kisah sebenarnya, tetapi nampaknya aku kena melepaskan jawatan Ketua Panitia PSV, dan mengadap tugas baru... jawapan aku pada PN Robitah , PK I sekolahku....saya tak kisah, lagipun saya memang minat buku-buku..... Dan jawapan yang menyenangkan dari Pn Robitah....Saya tahu kamu kreatif.....dan boleh buat sesuatu dengan PSS sekolah... mmmm...kalau begitu lah katanya , memang tak ada alasan lagi nak menolak...( Kelebihannya jadual waktu P n P, tinggal lebih kurang 8 waktu sahaja....Yang merimaskan, mungkin aku kena handle lebih kerja pengurusan...dan fail-fail Pusat Sumber Sekolah )

Apa-apa pun semalam, aku dah terfikir satu idea baru untuk PSS sekolah....heheheh Kalau betul aku jadi Guru Media, aku nak buat satu blog untuk PSS...

2 comments:

manzlie said...

salam akak roslaini..


anggap lah cuma org org yang berjya saje selalu di pilih sebegitu dan saya percya akak adalah org yang terbaik yang telah di pilih oleh mereka..alhamdulilah..

waslam

amelia said...

cikgu,
saya ingat nak jadi PPS..