Pages

Followers

Monday, August 31, 2009

Pasar Ramdhan...

Ayam golek pasar Ramdhan...
Memang menggoda....!!!

Setelah 7 hari berpuasa, Sabtu baru ini aku baru berpeluang pergi ke pasar Ramdhan. Itupun kerana suami mengajak. Kalau ikutkan hati, aku malas. Mungkin kerana faktor usia, aku dah tak berapa suka bersesak-sesak dengan orang ramai. Memang pun, ramai orang mungkin kerana hari cuti. Dan keduanya kerana faktor mencari parking. Susah betul mendapat parking bila ke pasar Ramdhan...
Suami memberi beberapa pilihan pasar Ramdhan yang ada di Ipoh. Dan hari tu, kami memilih ke pasar Ramdhan di Stadium....Pasar Ramdhan ni ada kenangan kepada kami kerana kami pernah berniaga di sini dulu sewaktu suami berhenti kerja. Kami jual air soya.... tapi masa tu sewa berniaga masih murah tidak seperti sekarang. Tetapi payung dan meja berniaga kitalah kena sediakan... Untung ??? erm...entahlaa....aku pun tak berapa ingat, tapi untuk pengalaman memang menarik.
Pilihan memang banyak di pasar Ramdhan... tapi macam mana pun suamiku memilih membeli ayam panggang di atas..... Ini kegemaran anak-anak.. Aku, entahlaa...aku dah jadi cerewet sekarang .... akhirnya aku nampak nasi goreng ikan rebus...
Balik pasar di Stadium....kami singgah di Taman Cempaka...Di sini ada satu lagi pasar Ramdhan. Ikut pengalaman aku, di sini lebih murah kerana kebanyakkan pelanggannya adalah pelajar-pelajar polyteknik Ungku Omar. Seperti di tahun-tahun lalu, di pasar ini aku selalu berjumpa beberapa orang anak murid ku yang berniaga di sini...jual air, jual lauk pauk dan macam-macam....Kadang-kadang, dapat diskaun...hehehe. Tapi kerana hari tu kami pergi masih awal., jadi tak adalah diskaun. Tahun ni aku perasan tak ada lagi kuih yang dijual, 4 kuih RM 1.00... dua tiga tahun yang lalu masih ada..dan di situlah aku selalu membeli kuih. Kebanyakkannya 3 kuih seringgit... Di sini kami cuma beli air dari anak murid aku dan nasi pataya untuk anak-anak...cukuplaa....
Hari Ahad, suami ku mengajakku keluar lagi..Kali ini ke Medan Gopeng pulak.... Kalau di Ipoh, Pasar Ramdhan di sini kira yang terbesar....carilah apa jenis makanan pasti jumpa. Tapi macam biasalah....mencari parking memang seksa, puas dua tiga kali pusing baru dapat. Ramainya orang tak boleh nak cerita...jalan berselisih bahu, sambil melihat makanan yang ada.Sesekali rasa macam tawaf pula ...hehee. Seronoknya, kadang-kadang kita boleh bertemu kawan-kawan yang dah bertahun tak jumpa... Dan semalam ada gimik, sekumpulan orang membawa bendera Malaysia beramai-ramai.... Mungkin orang politik..Di Ipoh kebelakangan ini, pasar-pasar begini menjadi tempat orang politik meraih perhatian...Nak jumpa tokoh-tokoh politik Perak, tunggulaa di sini...pasti jumpa. Cuma di sini artis aje tak pernah sampai....entahlah kot aku yang tak pernah jumpa...
Di sini kami cuma mencari nasi briayani.... bolehlaa...RM 3.50 sebungkus, ( biasa di kedai mamak Rm 5.00)...Lauk boleh pilih apa yang kita suka, ayam goreng, ayam kari, daging..dan macam-macam laa.. Dan di sini aku jumpa sejenis makanan yang ada nostalgia pada aku...Rojak Singapore.
Dalam perjalanan balik rumah aku ceritakan pada suami nostalgia tentang rojak Singapore..
Ceritanya masa aku dapat gaji pertama tahun 1982 ( sebelum masuk ITM)...aku diminta belanja kawan-kawan semakmalku ( Makmal di Hospital Bersalin , Kuala Lumpur )..mereka minta Rojak Singapore. Masa tu di Kuala Lumpur ada dijual di lorong belakang, bank Bumiputra...sekarang CIMB. Sekarang ada lagi ke tidak , tak tahulaa...
Dan hari ini, suami plan nak ajak aku keluar lagi....tapi kali ni tak tahu, pasar Ramdhan yang mana pula...




8 comments:

aint-super-woman said...

Kak Roslaini,

Nak tanya, emak akak duduk di mana?
She looks very familiar to me. Or may be rupa dia ada iras2 my sedara kat kampung.

roslaini saad said...

Kak ros orang Matang ,Taiping. Mak sekarang di sanalah..Tapi kampung asal orang Parit.

aint-super-woman said...

Okayy...ada sedara saya di Bagan Datoh. They really look alike! Raya nanti jemput datang ke Kg
Pasang Api, Bagan Datoh ye!

roslaini saad said...

Insyaallah...

kakcikseroja said...

Salam Ros...

teringat pertama kali kakcik beli rojak singapura di Pasar Malam Jln TAR, KL... masa tu mengandung sulung.. mak aih! mahalnya.. berbelas ringgit untuk bbrp jenis 'cucur' je..

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah di petang ramadan

secangkir madu merah said...

ayam goring peberet anak2 ku juga..di KJ sekarang harga RM15 sekor, kecik jer...

roslaini saad said...

Kak Cik....rojak Singapore memang mahal...itu belum ditambah dengan ketam dan makanan laut yang lebih mahal....telur pun sampai 70sen...tapi kalau dah mengidam...belikan saja....


Pakkaramu.....salam pertemuan di zon maya ini...

Yatie.....ayam ni memang mahal dan kecik je...tapi kalau beli ayam belum masak pun dah rm13.00.... dua tahun dulu ayam golek ni baru rm12.00