Pages

Followers

Saturday, August 29, 2009

Rumahku ...Vs Deko bersama Eric...

Hari ini aku menonton rancangan Deko bersama Eric, sambil melayari internet.. Memang aku akui Eric memang kreatif...Erm...cuma aku selalu terfikir, aku pun boleh menjadi seperti Eric, sekiranya aku ada sponsor ( hahahha....siapa nak sponsor..) lihat sajalah perabot yang digunakan, semua sekali ditukar. Kalau rumah kita mana boleh cam tu. Nak beli satu perabot pun berdikit-dikit...Dah tu ramai pula pekerjanya. Yang mengecatnya aje dua tiga orang..

Sebenarnya bila dekat nak raya ni mulalah terfikir nak menghias semula rumah...Hairan yer...bila nak raya je, datanglah perasaan rajin bebukan ni...padahal ada masa yang panjang sebelum ni. Dulu bila nak raya, aku mulalah fikir nak mengecat rumah aku semula....dulu anak kecilku suka membuat mural ( contengan) sepenuh dinding.... Bila ada benda yang dia marah dengan aku, dinding lah yang menjadi mangsa.... Dua tiga hari ini, aku merenung juga ke arah dinding...perlukah ku cat semula...?? Kali terakhir aku mengecat rasanya tiga tahun dulu... Mungkin ada menyangka ada ramai anak lelaki kerja cat mengecat ini menjadi lebih mudah..sebenarnya tidak juga. Mereka sebenarnya mengecat untuk seronok-seronok tanpa peduli kekemasan dan kebersihan. Kadang-kadang menyebabkan kerja lebih penat selepas itu, membersihkan cat yang tumpah. Suami...???? Hehehe dia tak minat langsung bab-bab ni....nak tolong jauh sekali.
Pernah sekali anakku cadangkan padaku panggil Eric tolong hias rumah kami....aku nak tergelak dengar cadangannya..Masalahnya, bukan bab menghias tapi bab nak maintain kemas ...Sekejap je kemasnya kemudian berselerak semula. Aku rasa panggil Eric pun, Eric pening kepala...hahaha.
Apa-apa pun aku ingat malaslah nak ubah apa-apa..cukuplah apa yang ada. Lagipun tenaga aku dah tak macam dulu...

No comments: