Pages

Followers

Friday, August 28, 2009

Baju butik... baju raya..

Hari ini aku keluar membayar bil-bil dan kad kredit...banyak ooo... Kalau tak ada bonus tahun ni perit la juga nak sambut raya...hehehe. Kalau setakat baju-baju aku, aku tak kisah...tapi anak-anak mesti minta baju raya dan seluar raya....ermm..anak-anak dah besar, semua saiz lelaki dewasa. Kalau sorang budget dalam Rm 150.00 , 4 orang anak dah Rm 600.00... Itupun nasib baik anak lelaki, kalau anak perempuan tentu lagi senget dibuatnya...hehehe. Dan kalau Razi, demand lagi tinggi....anak sorang ni jenis yang memilih branded..Kalau E-stop ( kedai harga murah ) memang dia tak pandang..Bila aku bising, dia kata, standard laa makk..... Tapi bila aku perhatikan pilihan dia ni kadang-kadang tepat, baju yang dia pakai walaupun mahal tapi lambat lusuhnya..

Balik aku bayar bil, aku singgah di sebuah butik bersebelahan dengan bank. Saja jamu-jamu mata...kerana aku tahu, saiz untuk aku memang tak ada. Itulah kelemahannya bisnes orang kita.... buat baju untuk orang saiz langsing dan kecil je.. Saiz macam aku tak ada. Kalau ada saiz besar pula kadang-kadang kain pulak tak muat...kadang-kadang ketat di bahagian dada , lengan dan sebagainya....Teringat masa aku remaja dulu, bila ronda-ronda membelek baju di shopping center, aku selalu bisikan di hati, tak mengapa bila aku ada duit, dah kerja aku beli...Tapi rupanya bila dah kerja, dah ada duit, aku masih tak boleh beli kerana saiz badan aku dah membesar...hahhaha. Kadang-kadang aku terjumpa juga baju yang sesuai untuk aku... kalau ada duit memang aku beli dua helai sekali. Sebab payah nak dapat.
Sebab tu aku lebih suka menjahit je baju sendiri...baju kurung aje. Sekarang citarasa tak macam dulu nak berfesyen...Baju kurung lebih senang untuk ke sekolah. Kalau terlebih glamor, bukan saja rakan sejawat tegur, tukang kebun dan anak murid pun tegur... silap hari bulan jaga sekolah pun tegur..hehehhe.
Apa-apa pun raya tetap akan datang...Persediaan tak banyak , sedikit pun kena juga.. Tapi apa-apa pun kena tengok budget juga...alahai..

4 comments:

gemagong said...

alahai dah kena sibuk untuk persiapan raya la ya...biasa nya anak2 lebih diberi tumpuan sebab yang menggembirakan hari raya adalah anak2..

roslaini saad said...

raya bagi kita cuma nak berkumpul adik beradik dan kaum keluarga je..baju raya tak de pun tak apa.

secangkir madu merah said...

belum beli baju raya lagi...
bila nak pergi shopping ni?

Pencinta Pantai Bersih said...

Rasanya kita satu saiz..

Saya suka shopping kat Parit Buntar. Banyak pilihan, cantik dan harga berpatutan juga. Boleh tawar-menawar lagi. Kat Alor Setar pun OK juga.