Pages

Followers

Thursday, August 27, 2009

Kuching dah buat hal....

Suamiku dah mula berungut....ada bau yang tak menyenangkan dalam rumah..Aku pun setuju...Aku pun memang alah dengan bau-bau ni. Faiz yang suka dengan kuching ni nampaknya berusaha juga supaya kucing ni tak membuang merata-rata...Malam tadi dikurungnya kucing-kucing ni dalam bilik air. Malangnya, ayahnya turun ke bilik air..semua kucing dah keluar....Beberapa hari dulu, kami letakkan kucing-kucing ni di luar..malangnya dua tiga malam ni hujan, kesian pula kucing-kucing ni kesejukan.
Inilah masalahnya....aku sendiri dah sayang dengan kucing-kucing ni. Yang buat hal cuma seekor..takkan semua nak dijadikan mangsa.. Pada si Ibu kucing aku dah warning...dia pandang muka aku dengan mata yang bulat...mungkin faham, sebab lepas tu dia bawa anak-anaknya ke belakang. Yang geramnya, pantang terbuka pintu dapur terus nak ke ruang tamu... melompat sana sini..nasib baik rumah aku tak ada hiasan kaca. Tapi aku paling risau, dibuatnya melepas atas timbunan kain yang belum berlipat....aduhh..
Serba salah aku dibuatnya...nak dibuang atau tidak ......

4 comments:

Rositah Ibrahim said...

Kalau dah bela kucing, bela la sampai ke anak cucu cicit dia. Jgn dibuang, nanti menyesal. nanti teringat je kat makhluk tu.

aint-super-woman said...

Tapi kena betul2 tahan sabar. Kucing kalau dah berumur nanti, dia suka pancut merata-rata.....ohhhh! Saya tak bela kucing, tapi ramai kucing jiran datang sebab saya ada juga bagi they all makan.

roslaini saad said...

Eta.... memang itu yang saya fikirkan pun..bila dah sayang hilang di mata mula teringat-ingat..

ASW... Memang betul bela kucing kena sabar..macam bela anak kecil..kucing yang saya maksudkan ni, bukan saya bela..tapi menumpang di rumah saya beranak dan besarkan anak-anaknya....Tapi bila dah membesar di depan mata kita, terasala pula sayangnya...tambahan comel-comel pulak.

kakcikseroja said...

Salam Ros...

kakcik tak bela kucing, lagipun kakcik mengidap asthma.. bulu kucing tak bagus untuk kesihatan kakcik...

tapi, kakcik selalu bagi kucing yang bertandang kat belakang rumah kakcik makan.. kucing2 tu pun, pantang kakcik bukak tingkap, pasti datang melangut... kesian la pulak..