Pages

Followers

Friday, September 4, 2009

Tangki air...suatu kenangan masa lalu.

Hakim ...dah jadi anak remaja.
Sepanjang bulan puasa ini, yang paling aku tak tahan ialah mengantuk...budak sekarang kata mengantuk giler....... Tadi sewaktu di kelas 3A2, perasaan mengantuk tu menjadi-jadi, mengadap komputer lagi-lagi laa.... Budak tingkatan 3, dah mula aku bagi buat ulangkaji persediaan untuk PMR, ada lebih kurang sebulan je...( tolak raya ..tinggal 3 minggu je...). Untuk menghilangkan mengantuk, aku keluar kelas dan terpandang tangki air di belakang asrama puteri sekolahku.... dan tangki air akan sentiasa membuat aku tersenyum, setiap kali terkenangkannya....


Barangkali ramai yang tak percaya, kalau aku katakan aku dah sampai atas dekat tangki air tu.... dan kalau orang waras saja-saja nak naik memang tak akan naik ke atas tu. Ini semua gara-gara si Hakim anak aku no 2. Waktu itu umurnya belum pun lagi 3 tahun, ( baru 2 tahun 8 bulan lebih kurang ) Faiz baru 3 bulan masih dalam kereta sorong....Di sekolah masa tu sibuk dengan persediaan untuk sukan tahunan sekolah ( tahun 1998 )... Aku pun sebagai guru rumah Tun Tuah, terlibat dengan persiapan perbarisan rumah sukan. Petang itu, aku ke asrama puteri kerana membantu menyiapkan bunga manggar dan perhiasan untuk rumah sukan. Sewaktu aku sibuk dengan kumpulan pelajar rumah Tun Tuah, Hakim ku biarkan bermain di luar bersama beberapa pelajar puteri . Tiba-tiba aku dengar budak-budak menjerit....cikgu, anak cikgu naik tangga tangki air......lagi dijerit suruh turun, lagi laju Hakim naik ke atas.....suasana memang menjadi tegang. Aku tak ada pilihan, terpaksa mengejar Hakim naik sama ke atas .....Nasib baiklah...tenaga aku masih kuat masa tu. Kalaulah sekarang, tak tahulah.....Hakim terus laju ke tangga paling atas. Apa yang aku perasan masa tu....semua aktiviti sekolah terhenti, memandang ke arah aku dan Hakim. Begitu juga sekumpulan pelajar Politeknik Ungku Umar yang sedang bermain bola di sebelah sekolah juga berhenti bermain.....Pak Wan, pengusaha kantin, aku nampak dari atas mengangkat tangan berdoa...yang lain semua seolah-olah terdiam...

Hakim akhirnya sampai di palang besi paling atas, sempat melambai kepada mereka di bawah ( cerita kawan-kawan aku....) Nasibnya tangga itu berakhir di situ...kalau tidak mungkin lebih tinggi. Aku dapat tangkap Hakim di situ. Hakim aku terus peluk dan cempung, dukung turun ke bawah.....Oh Tuhan, hanya Dia yang tahu perasaan aku masa tu.... Masa aku turun, baru aku sedar, betapa tingginya tangki air ni...iaitu lebih kurang bangunan 3 tingkat....dan baru terasa perasaan gayat... Bila aku sampai ke bawah.. aku terus menangis...baru terasa takut. Hakim yang ku dukung turun tu...masih boleh ketawa kegirangan, apatah lagi bila kami sampai ke bawah di sambut dengan tepukan...mereka yang menanti di bawah.....

Sebab tu sampai sekarang, walaupun sudah hampir 11 tahun berlalu kenangan itu tak boleh aku lupa....Dalam pada tu, seorang rakan guru sering mengusik ku ...Rekod sukan yang belum dipecahkan oleh sesiapa...Rekod panjat tangki air...

5 comments:

guru besar haneem kaydeen said...

masyaallah! anggapkan ini antara cabaran menjadi seorang ibu..

hazila said...

Salam kak, betullah kak, kata org kasihnya ibu membawa ke Syurga.

gemagong said...

dalam keadaan terdesak biasanya kita sanggup lakukan apa sahaja....ni betul-betul jadi spider women ni...

roslaini saad said...

Membesarkan anak-anak memang banyak cabaran apatah lagi membesarkan anak-anak lelaki yang nakal...

e s r e e f Armagan said...

cobaan....

rekod sukan sekolah nie akan saye pecah jika dapat Straight A dalam SPM...

itupun kalo budak Aspuri bagi izin masuk...