Pages

Followers

Saturday, September 5, 2009

Kenangan di bulan Ramdhan.....

Farizh Haiqal @ Kecik....
Bila tiba bulan Ramdhan, memang pelbagai kenangan datang dalam ingatan...dari zaman kanak-kanak, remaja hinggalah setelah bergelar emak. Walaubagaimana pun satu kenangan ini pasti aku tak lupa sampai bila-bila.....
Peristiwa terjadi pada 3 Ramdhan ( Tahun ...opss aku tak ingat ) tapi bersamaan 29 November 2000. Sebenarnya tarikh ini bersamaan dengan hari lahir Kecik. Kalau ikut pengiraan doktor due date aku akan bersalin ialah 29. 12. 2000.....ermm...inilah kisahnya...
Pagi itu, untuk sekian kali sepanjang tempoh aku mengandung aku kena bertemu doktor di Hospital Besar, Ipoh. Sebenarnya setiap kali aku mengandung semenjak mengandungkan anak sulongku Fakrur Razi aku mengalami tekanan darah tinggi. Yang menghairankan doktor, aku dapat darah tinggi setiap kali rahimku berisi janin....( kebiasaannya perempuan mengandung dapat darah tinggi bila usia kandungan berusia 6 bulan ke atas..) Oleh sebab itu.. sejak kandungan ku berusia sebulan, aku dah kena berjumpa doktor selang 2 minggu. Dan bila dah masuk 7 bulan, aku kena jumpa doktor hampir setiap minggu....Aduh..kalau dikenang masa tu...punyala boring. Sebab hospital kerajaan ni seawal mana kita datang pun, pasti kena menunggu sekurang-kurangnya 5 ke 6 jam baru dapat berjumpa doktor.
Untuk pengetahuan, sebenarnya sebelum itu aku dah kena tahan di hospital dalam 2 , 3 hari macam tu....puncanya tekanan darahku naik. Masa di tahan di wad aku diberi suntikan untuk menguatkan paru-paru anak sekiranya berlaku kelahiran pra matang.
Sewaktu pertemuan aku dengan doktor hari tu...doktor tetapkan tarikh pembedahan untuk aku ( aku dah tak boleh bersalin normal kerana dah melalui dua pembedahan sebelum ni ..) Aku minta kat doktor bagilah tarikh selepas raya supaya aku dapat melakukan ibadat puasa..dan doktor memberi tarikh 3 hari raya..)
Balik dari hospital ....aku bercadang nak meronda-ronda kejap..tapi hasrat itu aku batalkan kerana aku rasa kurang selesa. Lagipun Hakim dan Faiz yang masih kecil masa tu aku bawa bersama. ( Sebenarnya suamiku jarang-jarang menemaniku berjumpa doktor...aku pergi sendiri biasanya ) Sampai di rumah aku cadang nak baring dulu...tapi tak boleh.. Ada sesuatu yang tak selesa dan merengatkan di perut...sekejap datang dan hilang.., Mulanya aku ingat kerana aku keletihan. Tetapi lama kelamaan rasa rengat itu kian mengigit ...( apa nak sebut yer....heheh) Aku dah mula keresahan...sebenarnya aku sendiri tak tahu bagaimana sakit nak bersalin....sebab selama ini aku bersalin melalui pembedahan. Aku talifon mak bagitahu dan bertanya ..emak jawab ada kemungkinan juga aku nak bersalin..aku jadi suspen. Mana mungkin, sebab tempohnya masih ada sebulan lagi....lagipun aku baru saja jumpa doktor.
Aku cuba talifon suami..yang berkerja di Sg Siput...malangnya tak dapat. Memang susah nak call ke pejabatnya kerana tempat kerjanya agak terpencil...Aku talifon mak mertua bagi tahu....Kegelisahan dan resa kian terasa.. aku ambil keputusan untuk ke klinik berhampiran ...aku jumpa doktor dan bertanya...Doktor cadangkan aku ke hospital..( Klinik swasta memang tak mahu ambil risiko sebab aku ada high risk..)
Masalahnya, siapa nak hantar aku dan siapa nak jaga anak-anak aku...jiran-jiran semua berkerja. Aku cuba talifon beberapa orang kawan...tapi sebab cuti sekolah, ramai yang tak dapat aku hubungi. Aku talifon suamiku berkali-kali masih tak dapat..Akhirnya aku dapat talifon Alang..rakan sekerjaku...Alhamdullillah dia ada. Itupun dah lewat pukul 5 petang...
Alang tolong hantar aku ke hospital dan tolong jaga anak-anak buat sementara, ibu mertuaku sampai dari Bota...emak aku dah uzur memang tak terdaya dalam keadaan begini.Lepas hantar, alang terus balik bersama anak-anak aku..Si Faiz bukan main melalak lagi....Oh ya..aku pergi sehelai sepinggang. Hanya bawa kad rawatan ibu mengandung...( baju-baju anak belum dibeli...)
Di hospital aku terus dihantar ke bilik pembedahan...Aku masih ingat doktor muda tu bertanya aku...Kak , betul-betul ke sakit ni...haha...dia ingat aku main-main kot....Setelah buat pemeriksaan doktor sahkan aku kena dibedah segera...Lewat pukul 6.30 petang aku ditolak masuk ke dewan pembedahan...Masa tu doktor sibuk bertanya tentang tandatangan suami untuk mengikat peranakan..sebab doktor memang dah cadangkan begitu.( aku ada risiko untuk mengandung lagi..) Malangnya Pegawai perubatan tertinggi tak benarkan kerana tak dapat tandatangan suami...( suamiku masa ni belum lagi sampai....)
Di bilik pembedahan aku diberi suntikan di tulang belakang..( aku dah lupa apa namanya) yang membuat aku cuma dibius separuh badan. Dan separuh badan lagi dalam keadaan sedar. Kerana aku dah biasa dibedah...aku tak rasa apa-apa lagi..aku masih boleh berbual dengan jururawat dan pakar bius. Aku sempat minta maaf dengan jururawat yang bertugas kerana mengganggu waktu mereka membuka puasa...
Dalam setengah jam setelah dibedah, doktor berjaya mengeluarkan anakku...aku memang tahu dia lelaki kerana sebelum ini doktor dah beritahu melalui scanning...Tuhan aje yang tahu betapa gembiranya aku... Masa ni baru aku tahu suami aku dah sampai...kerana jururawat yang bertugas ada memberitahu..dia menunggu di luar.
Selesai semuanya...aku ditolak keluar untuk berehat sebelum di hantar ke wad. Anak kecilku dibawa untuk pemeriksaan kerana lahir pra- matang...Sejam kemudian baru aku ditolak ke wad...
Sampai di wad aku diberitahu..anak ku kena ditahan di CCU kerana paru-paru yang masih lemah...Malam itu aku bercerai dengan anak kecilku untuk seketika...Dalam pada tu...suami ku dah dapat jumpa aku semasa aku ditolak balik ke wad....
Dipendekkan cerita....anak aku ditahan di CCU selama 6 hari dan 6 hari lagi di wad penjagaan...Semasa 6 hari di CCU aku terpaksa memerah susuku kerana anak kecilku ( memang kecil...sebab tu sampai sekarang aku panggil kecik ..) untuk diberi minum... Wayar bersirat di badan si kecil memang menyayat hati...Tapi perkembangan si kecil cukup membanggakan...kian hari dia kian sihat dan cergas..hinggalah aku boleh menyusukannya sendiri...Bayangkanlah...dalam tempoh 12 hari tu aku terpaksa berulang-alik dari wadku ke wad anak ku untuk menghantar susu...sedangkan aku sendiri baru menjalani pembedahan...hinggakan aku demam. Rupanya di bahagian jahitan kesan bedah terkena infektion..Tapi alhamdullillah...di hari aku dibenarkan keluar...se kecil ku pun juga boleh keluar.....alangkah leganya....
Sebab itu sampai sekarang...bila ada kawan-kawanku yang dah masuk 8 bulan...aku sentiasa berpesan...beringat-ingat...kerana aku dah lalui...dan semuanya menguji kesabaran dan ketabahan......

4 comments:

Anonymous said...

bestnya cerita ni, cikgu..

Rositah Ibrahim said...

Anak sulung saya 1 Syawal. Kita balik kg nak beraya, tapi kita merancang je. Nasib baik sempat ke hospital, sebab atas plane lagi water bag dah pecah. Kalau tidak jadi anak MAS!

Anonymous said...

terima kasih, cikgu.. heheh

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah.. kecik pun dah beso! :) Orang kata, kelahiran di usia kandungan 8 bulan, jarang yang selamat berbanding kandungan 7 bulan. Kakcik pun tak pasti apa kewajarannya...