Pages

Followers

Monday, September 14, 2009

Di mana dikau wahai teman.....

Dua tiga hari ni bila suamiku balik dari pasar Ramdhan pasti ada saja cerita dia bertemu dengan teman-teman lamanya samada sesama sekolah menengah mahupun teman sekuliah sewaktu buat out kampus dulu.... Dan tiba-tiba aku pun menjadi rindu kepada teman-teman lama...samada semasa sekolah mahupun di ITM mahupun di UPSI...
Paling aku rindu pada sahabatku Fauziah Kasim...sekarang pensyarah kanan di UTM, sejak dari tahun 1987 hingga kini aku tak pernah bertemu muka dengannya...paling terakhir aku mendengar suaranya di talifon tahun 2005, itupun setelah aku search dalam internet melalui laman web UTM sekudai... Fauziah rakan sekolah ku dari tahun 1976 hingga tahun 1980. Kami berkenalan sewaktu sama-sama masuk asrama di bawah pelajar Rancangan Khas di Sek Men Convent, Ipoh ( sekarang bersebelahan Ipoh Parade, dekat rumah Menteri Besar ) Tahun 1977, tanpa kami rancang ...kami sama-sama buat keputusan balik kampung. ( tak nak duduk di asrama.) Kami sama-sama sekelas di Sek Men Convent Taiping...Keistemewaannya Fauziah..dia budak yang genius...Antara pelajar Melayu yang top waktu tu... Masa sekolah..bila homework aku tak siap...pagi-pagi hari lagi aku cari Fauziah..terutama sekali Matematik. Dia akan bantu.. Kerana kampung kami sehala...balik sekolah aku pasti bersama Fauziah dan seorang lagi rakan kami Mardhiah...( ini pun terputus hubungan sejak tahun 1982...bila dia dan keluarga berpindah ) kami naik bas sama-sama...
Selepas SPM..Fauziah dah tentu dapat gred 1 , aku cuma gred 2...( subjek sains hancur....). Fauziah kemudian dapat tawaran ke Luar negeri... 7 tahun di Amerika kami masih saling berhubung berita...dan aku dapat masuk ITM...( memang itu angan-angan ku...) Balik dari Amerika. , Fauziah terus dapat tawaran berkerja di UTM. ..setahun lepas tu dia sambung buat master di US lagi.... lepas tu aku tak dengar kabar darinya...But Thanks to internet....aku jumpa dia balik walaupun di zon maya.....
Sebenarnya, ramai lagi kawan-kawan yang aku rindu....nantilah...ada peluang aku cerita...

3 comments:

secangkir madu merah said...

aku pun selalu rindu bila terkenangkan kengkawan lama yg dah lama sangat tak jumpa...
aku sekolah dikuala lumpur dan tinggal di PJ..aku selalu gak jenjalan di KL, yg anehnya tak pernah pulak aku jumpa kengkawan lama..mana diowrang pergi ek?

Kakcik Seroja said...

Seronok kalau dapat berjumpa kawan2 lama kan? Macam2 cerita akan keluar... kakcik merindui kawan2 yang pernah duduk menyewa serumah di Flat PKNS, Kg Baru, KL 23 tahun yang lalu....

roslaini saad said...

Saya jumpa ramai juga kawan-kawan melalui facebook...bukan saja kawan-kawan , pensyarah pun saya jumpa... dan yang terbaru jumpa anak murid saya tahun 1998.