Pages

Followers

Tuesday, September 15, 2009

Jumpa Dekni di Facebook

Maha Kaya Allah...itulah yang mampu aku katakan. baru saja aku menulis, aku rindukan kawan-kawan lama...tiba-tiba bila ku buka facebook bertemu sahabat lama ini meminta aku tambah sebagai kenalan.....

Azni Isa atau lebih aku kenali dengan nama Dekni, adalah rakan sebilik aku di Kolej Delima masa aku ambil Art teachers Diploma tahun 1990...Tapi cuma satu semester kerana lepas tu dia berkahwin dengan si buah hati Ibrahim.... tapi hubungan kami tetap berterusan. Dekni yang ku kenali memang cool... very understanding. Ceritalah apa jua masalah..dia memang pendengar yang setia. ( Masa tu memang aku ada masalah sikit....biasalaa....tengah bujang...)

Selepas posting aku masih jumpa Dekni.. masa tu dia di Gombak . Kemudian aku dapat tahu dia dah ke Amerika ikut suami ( IBrahim - pottery ). Lepas tu aku putus berita tentang Dekni...

Kemudian, beberapa tahun lepas, ( aku tak ingat la pulak....) aku dapat tahu Dekni berpindah ke Kuala Kangsar, mengikut suami. Dengan bantuan seorang kawan, Raja Shiba..( juga rakan sekelas ATD) aku dapat bertemu Dekni di rumah sewanya. Memang seronok giler jumpa kawan lama... Dekni masih tak berubah masih ceria seperti dahulu...dan yang menyeronokkan bila bertemu masing-masing memperkenalkan anak-anak yang dah remaja.....
Tapi yerlah...faktor masa, keadaan dan macam-macam lagi...walaupun aku dah dapat jejak Dekni, tapi tidaklah kami berhubung selalu. Cuma sesekali aku tahu perkembangannya dari seorang teman yang kebetulan satu sekolah dengannya dan tidak pun dari Raja Shiba. ( Raja Shiba antara close friend sejak dulu....)
So..once again, thanks to internet.....aku jumpa kawan lagi....
p/s...maaf Dekni - ambil gambar dari facebook.

Tambahan.... kalau hari ini ramai gilakan fesyen manik dan seequeen... aku sebenarnya dah belajar dari Dekni menjahit labuci dan manik masa sebilik dengannya....kerana Dekni dari fesyen department.

5 comments:

gemagong said...

salam buat Dekni....kepala merewang2 nak mengingatkan wajah lama dan karektor beliau..he2 blur sikit

A.Shukri Elias said...

Roslaini,
saya letak posting ni kat budakad82 ye? terima kasih

roslaini saad said...

Ok tak pe...nanti saya cari lagi kawan-kawan lama....untuk dikongsi bersama..

amelia said...

alhamdulillah, cikgu.. hehe

aznimatisa said...

Uda. makacheh kerana menjayakan jejak2 kasih. sungguh gumbira bertemu dgn mu yg ku sayang dan kengkawan lain. mana mungkin boleh lupa kenangan sebilik dengan uda 6 bulan di bilik delima sebelah pak gud. u are my best buddy ever!