Pages

Followers

Saturday, September 12, 2009

KOMPUTER BUAT HAL.....

Dah hampir tiga hari aku tak dapat melayari internet...heheh aku pun dah macam ketagih la pulakkk...semuanya gara-gara komputer dan laptop diserang virus...Yang mengecewakan kedua-dua sekali serentak pula kena. Barangkali sebab aku guna wireless....entahlah, aku tak pasti. Anak-anak dah mula mengintai cyber cafe...kecik pun dah curi-curi keluar ikut abangnya. Mereka dah mula bising suruh aku hantar komputer untuk service...ermm..duit lagi. Entah macamana teringat kat CPU lama yang dah hampir 7 tahun usia ni...( monitornya rosak sebab tu tak digunakan ) .Dengan bantuan Hakim, CPU lama ni digantikan dengan CPU yang bermasaalah...hahah dapatlah juga on komputer ni.. Internet , mulanya tak dapat...entah mana silapnya...tapi nasib baik Faiz cerdik akal sikit bab komputer ni dan teknikal work....hahah dapat laa online..!!!! Tapi punyalaa slow...sabar jelahhh...
Selepas membiarkan anak-anak guna dulu...baru sekarang dapat aku guna...heheh ( kalau tidak terpaksa berebut...) Bila difikirkan barangkali ada hikmahnya...komputer dan internet aku buat hal....sekurang-kurangnya, aku boleh beri tumpuan menggunting baju raya yang belum berjahit..hehheh. ( tak sempat raya boleh guna pergi sekolah...) Dan yang pentingnya...hari-hari terakhir puasa ni...taklah aku begitu leka di depan internet....
MMmm....apa-apa pun, tak ada internet...I miss blogging.....

2 comments:

aint-super-woman said...

Miss blogging? Mmm...tau tak pe....hehehe

kakcikseroja said...

Betul la Ros,

bila tak dapat 'berinternet' mcm ada yang kurang pulak...