Pages

Followers

Wednesday, August 19, 2009

Catan tanpa tajuk....


Dua tiga hari ini aku leka di dalam bilik stor seni ( tak ada bilik seni ) mengadap kanvas pemberian rakan kerana menolong anaknya buat kerja kursus tahun sudah ( anak dia dah masuk ASWARA )..kebetulan aku jumpa stok lama cat minyak..dan aku pun mulalah menconteng...( opps..ini istillah untuk membatik )
Lewat petang aku terima sms dari Nikman ( guru seni muda di sekolahku ) anak didik Prof Zulkifli Yusuf.. katanya catan aku mengingatkan dia pada karya latif Mohiddin...dan seorang lagi nama artis..( aku tak ingat ) hehhe...
Sebenarnya puas aku fikir apa nak lukis...Mulanya aku nak masuk unsur ukiran Melayu, dan motif-motif tradisional melayu...entah macamana, alih-alih menjadi aliran batik lukis aku juga..bermotifkan flora...dan aku teringat satu peribahasa orang melayu......Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing....( aku confirmkan peribahasa ni dengan suami )..hehe macam politik hari ni, masing-masing nak ke atas..tak kira pijak kepala orang lain.... Apa- apa pun aku cuba nak siapkan catan ini, kerana inilah cubaan pertama aku atas kanvas menggunakan cat minyak. Sebelum ni aku pernah try buat gambar bot nelayan,..tapi atas plywood je....

2 comments:

secangkir madu merah said...

cantik rekaan batik u tu..pandai eh melukis..

roslaini, actually sofian tu was my ex school mate masa kat Sek Aminuddin Baki Kg Pandan...

tentu u kenal dgn S rudzita kan?

roslaini saad said...

Yatie...actually yang anta komen tu bukan sofian...saya baru chating dengan dia tadi..