Pages

Followers

Thursday, August 20, 2009

catan ku hampir siap...yesss!!!






Hari ini aku mengurungkan diri lagi di dalam bilik stor...lepas breakfast aku terus menyambung buat painting...( kelas pertama ku burn..gara-gara program di perhimpunan yang panjang..) Tengah seronok, teringat pula ada port luck untuk Ustaz Daman yang dapat naik pangkat dan sempena nak Ramdhan ( cuti sekali..)..Sayang betul nak tinggal tapi, kalau tak pergi tak ada siapa nak simpan makanan...
Lepas kelas 5K aku sambung lagi...tengah buat beberapa orang pelajar ( kaki ponteng kelas) masuk melepak di bilik ku...Geli juga di hati bila mereka tanya macam-macam..Berapa harga, siapa tolong, nak bagi siapa, cikgu belajar kat mana...dan macam-macam...Akhirnya aku suruh mereka balik ke kelas, kerana mereka ni saja-saja nak lari dari kelas..
Sebelah petang, kebetulan ada program melukis kain rentang yang aku kena handle sempena bulan patriotik...Budak-budak start melukis, aku pun pegang berus balik.....teruja betul rasanya...puas betul dapat melukis hari ni.
Lewat petang aku panggil Nikman untuk mengadili pertanding kain rentang. Nikman sempat tanya..dah siap ke painting ?? Aku kata belum... Dia selama ini memang selalu mengoda aku ( bukan goda lain....jangan salah faham ) menggoda ajak masuk pameran..Mula dari tahun sudah, masa aku mengajar tingkatan 6. Dia dah ajak aku masuk pertandingan melukis untuk alam sekitar... kemudian open Shah Alam.. awal tahun baru ni...dan beberapa lagi...Orang muda macam dia memang bersemangat...aku ni yang suam-suam kuku hahah...selepas belajar , langsung tak satu pameran yang aku masuk...entahlah..aku jemu betul dengan tema yang aku selalu bawa. Idea baru tak ada....
Tak tahulaa...boleh ke tidak, aku dah pasang angan-angan..Nak masuk pameran Bseni Kedah..bulan Oktober...Nikman dah pelawa, " Tak pe Kak ros..kita hantar sama-sama..." Mmm..lepas ni mana nak ku cari kanvas lagi...Mungkin Midon , presiden persatuan pelukis Perak Darul Ridzuan boleh tolong....aku dah gian nak melukis lagi...

6 comments:

amelia said...

cantik nya catan cikgu...

A.Shukri Elias said...

Menarik. Saya suka.Teruskan mencatan dan cuba berpameran,tahniah.

gemagong said...

tahniah

roslaini saad said...

Amelia - tengok kalau nak painting ni masih ada di bilik saya. datanglah..
Shukri - Terima kasih, sbenarnya bila membaca Blog syukri Piguant..hati saya begitu tertarik untuk buat benda yang sama iaitu menyimpan sketches yang dibuat. selama ini lepas sketch tak tahu kemana disimpan.
Aris - terima kasih kerana rajin mengikuti blog saya....

e s r e e f Armagan said...

cikguu...
memang berseni...

hahaha...
saye salah seorang budak form 5 yang masuk pertandingan membuat banner sempena merdeka hari tu...

terime kasih kerna team kami menang..
yahoooo...

budak-budak last minute...

UyuNs NuRuls said...

mak da...
nurul nak beli la lukisan mak da letak kat rumah lawa la....amacam nak jual tak..?