Pages

Followers

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramdhan....

Hari ini kita dah mula berpuasa...Sekejap je rasa masa berlalu. Terasa baru je lagi puasa tahun sudah..dah puasa balik.
Macam biasalaa...setiap kali Ramdhan, aku selaku "Lady of the House" kena elert dengan sahur... Kalau aku tak bangun seis i keluarga tak bangun...Kalau aku lewat seisi keluarga lewat bangun. erm...begitula setiap tahun. Untuk sahur pertama, aku tak boleh lena dibuatnya..sekejap-kejap terjaga. Akhirnya aku terus bangun dan ke dapur...Jam baru 3.30 pagi. Juadah paling simple...tapi aku tahu anak-anak suka. Sosej kukus, telur dadar dan telur masin...dan ada lauk suami beli sikit malam tadi. Alahamdullilah, untuk permulaan ni mengejutkan anak-anak lelaki ku tak ada masalah langsung.....Sebelum makan, berulang kali mengingatkan mereka doa dan niat puasa untuk sebulan puasa......terutama yang si kecil. Tahun ini dah masuk tahun ke tiga dia berpuasa.
Lepas makan, buka tv ada pula siri Nur Kasih....dari siri pertama ( aku tak tenguk ) seronok bukan main... Masuk subuh..sembahyang, mengaji...dan buka internet..baru mata terasa mengantuk .....
Hari ni kami cadang nak balik ke Bota...Adik Ipar baru dapat anak sulung. Isteri pula kena operation...mmm macam aku dulu. Bapa mertua pun baru keluar hospital.....Dok tengah bersiap, kak Ani call....Dia dan adik Azhar sekeluarga ada di Matang....alahai ini yang buat hati aku berbelah bagi...nak balik Bota , nak balik Matang.....( terasa la frust...tak dapat balik matang...) Tak pelah...Puasa panjang lagi...nanti-nanti boleh balik berbuka dengan mak dan abah di kampung. Tiba-tiba hati menjadi begitu rindu...

No comments: