Pages

Followers

Tuesday, July 14, 2009

Ujian Julai dah bermula...

Hari ini ujian bulan Julai dah bermula....aku sebenarnya masih terkial-kial menyiapkan kertas soalan...Nasib baik bank soalan yang aku kumpul-kumpul dari dulu dan rakan-rakan ada. Di saat-saat akhir begini memang banyak gunanya... Semuanya gara-gara kesibukan aku mengejar kerja kursus pelajar tingkatan 5- untuk SPM...Aku rasa bukan aku sorang saja yang merasakan kesibukkannya...hampir semua cikgu yang terlibat dengan kerja kursus memang tengah kalut mengejar budak-budak yang malas..entahlah budak-budak ni pun ..nak tolong bagi lulus pun susah sangat. Bukan kerja seni saja, malah hampir semua subjek yang memerlukan kerja kursus buat cikgu-cikgu tension...Waktu Seni aku untuk form 3 entah berapa kali aku sedekahkan pada cikgu KH kerana mengejar untuk siapkan kerja kursus...Dan alhamdullillah...untuk kerja kursus aku pun ada cikgu yang tak kisah, bila budak-budak pulun nak siapkan folio...Dan lebih beruntung, ada rakan yang bersalin tak ada guru ganti dan ada pulak cikgu Math yang pergi kursus seminggu...seronok sakan laa budak-budak tu. Tapi itu pun gara-gara selepas aku mengamuk sakan...lepas cuti baru ni. Heheh....aku kalau mengamuk...satu sekolah boleh dengar...puncanya kerana aku buat kelas tambahan masa cuti , hanya 4 orang yang datang..Yang buat aku mengamuk..waktu kelas aku mereka boleh lenggang kangkung tak bawa folio untuk disiapkan...
Sebenarnya...aku suka nak cakap disini, budak-budak sekarang memang dah terlebih lemak...Aku tak nak kata anak orang, anak aku pun sama....tak disuruh tak dibuat...dah disuruh, kena jerit-jerit dulu baru nak bangun....aduhhhh....Aku percaya, kerja kursus yang budak-budak buat di sekolah tu, baik subjek apa pun, kalau cikgu tak bantu...memang boleh lingkup keputusan mereka...Dan malanglah...kalau cikgu-cikgu tak membantu. ( Memang ada cikgu yang lepas tangan je....janji budak buat ). Dan yang aku geram sangat, ada pelajar yang tak nak jumpa bertanya aku langsung...( luar jadual ) Tahu-tahu dah siap....Kalau betul ikut soalan tak mengapa juga...
Petang tadi aku sempat ke rumah Zana, kawan rapat aku berbincang pasal nak bagi markah kat budak-budak ni...Susah juga bila tak ada satu standard untuk menilai kerja-kerja budak-budak ni... Tergamam juga bila Zana kata boleh bagi markah penuh untuk hasil kerja anak murid aku yang menarik...Tapi bila ditengok contoh standard dari negeri lain...memang terasa benar cakap zana...Barangkali betul juga cakap Zana, selama ni cikgu di Perak kedekut bagi markah...sebab tu, keputusan kurang memberansangkan. Tapi yelah..selama ni mana standardnya...??? penilaian hanya diberi mengikut garispanduan yang ditetapkan sahaja.
Entahlaa...satu ketika dulu, aku rasa buat kerja kursus jauh lebih mudah...siap aje hantar ke JPN dan mereka yang urus hantar ke Lembaga Peperiksaan. Cikgu tak payah pening kepala lagi nak bagi markah...Sudahlah pening kejar budak buat folio dan artifak...lepas ni pening nak bagi markah pulak...lebih stress bila pentaksir datang...hehe walaupun kawan sendiri pun...tetap rasa gelisah...ADuhh....siapala kata kerja cikgu ni mudah.....

No comments: