Pages

Followers

Saturday, July 11, 2009

Mawi...



Aku bukanlah peminat Mawi sangat...Dengar lagunya pun gitu-gitu je...Tapi masa dia tengah hangat meletup lepas menang AF4..aku belilah juga kaset kasidah dia untuk halwa telinga dalam kereta...( lagu dia banyak aku download je...hehhe )

Aku nak menulis tentang Mawi bukan kerana aku nak menumpang populariti Mawi..nak melariskan jualan ....tapi aku menulis kerana betapa susahnya menjadi Mawi sekarang....Dulu masa dia masih anak Felda biasa-biasa siapa pun tak kenal. Tak kisah pun...Tapi sejak namanya naik...apa saja dia buat menjadi sebutan, umpatan, gosip dan entah apa....Dia bercinta, putus tunang, kahwin...semua orang nak tahu... Agaknya berapa kali dia ke jamban pun orang nak ambik tahu...hahhaha.

Dan tebaru...gossip dia punca perpisahan Rossa dan suaminya...eeh..macam tu pulak..Baru nak berduet menyanyi bersama dah digossipkan...Kadang-kadang, wartawan ni pun satu..nak sensasi pun jangan laa yang membodohkan minda pembaca....Pembaca pun bukannya bodoh semua....Tapi itulah nasib orang bergelar Mawi...

Dan kedua yang aku kesian...orang yang bergelar isteri Mawi....Ikin. Dia senyum lebih pun orang kata,...dia pakai baju serupa laki dia pun orang kata...apa saja dia buat semua tak kena..( orang tak suka laa tu....)Aku pun tak lah berkenan sangat...tapi siapa pula aku...hehehe. Jodoh dia dengan Mawi dulu memang menimbulkan pelbagai kontrovesi...Ada kawan aku yang minat gila dengan Mawi, delete semua gambar, lagu dan apa saja tentang Mawi bila dia pilih Ikin jadi Isteri....Heheh macam tu pun ada..Orang nak isteri Mawi tu macamana yer....???? Tapi entahla..kadang-kadang aku rasala...Isteri Mawi pun kenalah jaga penampilan....tak payah pakai bulu mata palsu pun tak pe...dah cantik. Kalau pakai t-shirt dan seluar..tak perlu tide in ( betul ke ejaan...) nampak macam seksi je...Pakai biasa -biasa je pun cantik...kerana dia memang cantik pun...dan jangan over...hahahhaha
Apa-apa pun... aku lebih selesa hidup begini...biar tak siapa mengenali, biar tak popular...tak ramai yang buat dosa mengata...hahhahahha
byee....

1 comment:

Pengasas said...

Salam ziarah,
Terima kasih kerana sudi ziarah ke blog saya; serta sudi berikan petua. Saya dah minta isteri belikan ketam untuk dibuat sup.
Maaf, blog ini pada senarai Pemaya (R-Z) dalam blog santai saya.