Pages

Followers

Saturday, July 11, 2009

..Nenek Wook...kesian dia..


Surat khabar dalam minggu ni ada mengisahkan tentang Nenek Wook yang berusia 106 tahun....Dulu heboh kisah dia kawin dengan lelaki muda, tetapi kali ini kisah suaminya ditangkap dan ditahan kerana menagih dadah...habis barang emas, kereta miliknya dijual...kerana si suami nak beli dadah. Dan hari ini suaminya sudah pun ditahan di Pusat Serenti Sungai Besi...
Memang aku sedih dengan nasib Nenek Wook, harapkan suami dapat menjaga suami pula buat hal....lebih menyedihkan bila menceritakan kerinduan beliau terhadap suami. Yalah..kawan bergaduh lagi dikenang...ini kan pula kawan bermanja...
Sebenarnya kisah penagih ni...memang dah jadi santapan telinga aku sejak suami ku berkerja dengan Agensi Dadah Kebangsaan. Dan sekarang dia bertugas di Pusat Serenti dekat sini...( lebih kurang sejam lebih juga dari rumah....) terpencil juga kawasannya. Waktu dia mula-mula kerja dulu, ada juga aku ke sana...melihat suasananya lebih dekat. Dengan pagar yang tinggi...pelatih pusat macam terkurung di dalam kandang sambil memerhati orang di luar pagar yang lalu lalang. ( waktu petang...waktu bermain) Lain-lain waktu, mereka diberi tugasan tertentu mengikut tahap mereka.....Ada juga yang dibawa keluar untuk mengurus ladang dan kebun atau kerja-kerja lain.
Kata suami...mereka dilayan dengan baik..Makan kalah anak dirumah. ( 6 kali sehari ) Ada hari keluarga boleh datang melawat...Sebab tu Hari Raya kadang-kadang suamiku pun kena bertugas....kerana terpaksa bersama mereka ( bersembahyang Hari Raya)...Dan tentunya, disana mereka juga dikaunseling..oleh pegawai-pegawai yang ditugaskan...Individu pun ada, kelompok pun ada. Semuanya usaha untuk membantu mereka ini..
Sebab tu kadang-kadang aku tak faham...kenapa ada rusuhan seperti baru ini di Pulau Pinang. Orang nak tolong mereka pulih....tapi mereka ni macam tak faham......Dah tu yang paling mengecewakan, ada yang dah ok...tapi ditangkap semula kerana menagih...Sebenarnya dah banyak duit kerajaan belanjakan untuk mereka ini....tapi sayang ya..mereka tak hargai. Kalaulah duit tu dibagi kepada orang yang nak belajar....dah tentu duit tu dah dapat dimanfaatkan semula sebagai modal insan negara.....
Sejak suamiku bertugas dengan AADK ni...dia pun melalui perubahan minda...dia dah berhenti merokok...hahhaha. Bukan senang nak berhenti, tapi kerana dok nasihatkan orang...dia pun ambil tindakan positif. ( Diam tak diam dekat 10 tahun juga ....)
Tapi yang meletihkan sekarang...dia dok nasihat orang jangan merokok...tapi anak sendiri buat hal pulak....Mula-mula anak yang sulong, kemudian Hakim.....aduhhh..memang tamparan yang hebat...semuanya gara-gara pengaruh kawan....

1 comment:

Faizal R said...

kalau anak lelaki sekian hal, pompuan pulak sekian hal.. sabor je la, kena istiqamah