Pages

Followers

Thursday, July 9, 2009

...Semalam dan Pelbagai kisah....


Kisah 1 : Akhirnya dia cari aku juga.....

.....Ini kisah Puspita anak muridku..Pelajar tingkatan 6 Atas. Tahun ini dialah satu-satunya calun yang mengambil subjek SEni Visual. Alasannya , dia malas nak baca sejarah...memang betul pun, kalau malas membaca lebih baik jangan ambik. Puspita aku kenal sejak dia di tingkatan 2, budaknya aktif, berlakon teatre, bersajak, menyanyi dan sebagainya. Memang dia ada bakat...dan aku akui dia juga boleh melukis, kalau diasuh dengan betul. Sebab tu tak heran dia dapat A1 semasa SPM.


Kerana tak ada kelas khusus ( dia ambil luar jadual ) jadi aku nasihatkan dia, rajinlah berjumpa aku...Bila aku dapat aje kertas soalan...memang dia aku cari. ..Tapi lepas seminggu baru dia datang jumpa aku. Memang, pertama kali puasla aku berleter......dan dia ada alasan, cari aku tak jumpa...Lepas tu dia kian 'sibuk'...bukan aku yang sibuk. Nak jumpa aku pun tak nak...Pada guru-guru yang masuk ke kelas nya aku sampai pesan...malangnya aku dapat tahu dia kerap ponteng sekolah....alahai. Sebagai guru, aku tolong juga siapkan panduan untuk dia siapkan folio...malangnya dia tak nak juga jumpa aku....


Masa terus berlalu, aku mengadu dekat kaunselor....pada penyelaras tingkatan 6, dan akhir sekali pada pengetua....dan akhirnya baru dia menyerah diri pada aku....dengan muka yang sedih. Rupanya dia dah dinasihatkan menggugurkan subjek ini...Malangnya, dia cuma ambil 4 subjek..ertinya kalau dia gugurkan seni , tinggal lagi 3 subjek. Dan dia tak ada peluang untuk memohon ke Universiti.... Dari Hajar..Kaunselor sekolah, aku dapat tahu dia tak ada pilihan, kecuali meneruskan juga....


Terus terang, sebagai guru yang pernah mendidik pelajar tingkatan 6 sebelum ini....aku dah tak yakin lagi untuk beri harapan pada dia. Tempoh tingal sebulan setengah, untuk kejar, folio dan artifak ( hasil kerja ) yang baik memang mustahil.....Lainlah, kalau dia dah buat dari mula, walaupun dia tak datang jumpa aku......Memang dia buat aku serba-salah, ...Kalau ikut rasa geram dan marah....memang akan ku katakan pada dia ...Lantak ko laaa... Tapi mengingatkan dia juga macam anak aku...mula timbul rasa kesian...


Apa-apa pun selepas ni, aku ikut cakap Hajar...kita tengok dia buat ke tidak, kalau dia tak buat maksudnya, bukan salah kita lagi....ini nasib masa depan dia. Kita dah cuba memujuk...


KISAH 2 : DURGA DEWI..DISERANG HITERIA..


Semalam diikutkan jadual aku masuk ke kelas 4K. Tapi cuma satu waktu sahaja...sebelum tu aku ke kantin. Di kantin, Kak Dah ( cikgu juga ) memberitahu, Durga mengamuk di serang histeria.....Aku terkejut juga...kerana Durga walaupun malas nak buat kerja, tapi tak pernah buat hal... Dengan aku dia rajin bercerita, kisah latarbelakangnya....dan sehari sebelumnya, dia ada beritahu aku, dia begitu suka Amir Kahar, rakan sekelasnya tahun sudah. ( sekarang dah bersekolah di Kuala Lumpur ) Kalau dia Melayu, dia nak kahwin dengan Amir Kahar...hahahha..memang aku ingin ketawa. Amir dan dia memang sepadan....dua-dua sering terpinggir dengan kawan-kawan.

Mengikut Kak Dah, Durga megamuk sampai baling kerusi ke arah kawan-kawan, dan lari ke pagar sekolah.....Kerana tak boleh dikawal, PK HEM sekolah talipon polis untuk membantu...dan dia di bawa ke balai polis...untuk sementara.

Waktu akhir, waktu aku ke kelas 4k..aku nampak kereta kancil Polis masuk ke kawasan sekolah.....dan Durga ada bersama. Aku ingat dia dah pulih....Pada Pegawai Polis tu, dia bagitahu......Ini budak suka ini cikgu....hahha nasibla...kalau tak suka, camanalaa nasib aku....Aku cuba menegur Durga ..tapi ternyata, bukan dia di dalam jasad Durga..Renungan mata dan suaranya bukan Durga....Aku tinggalkan dia dengan polis yang mengiringinya...dan teruskan P & P....( Alangkah baiknya budak - budak 4K...hahha) .Seketika aku diganggu 'Durga'...bila dia masuk ke kelas..." Jangan Bising....saya mahu tidor..mahu balik.." Aku pun terdiam....dan ku biarkan Durga tidor dan meneruskan kerjaku....Tak lama kemudian...kawan-kawannya riuh semula...Durga tiba-tiba jatuh dari kerusinya....Ternyata dia dah sedar semula....' dia ' dalam durga dah balik....Aku menghampiri Durga...yang sedang dibantu kawan-kawannya...dia keletihan sekali...dan dia begitu hairan kenapa dia begitu letih....Dan dia kehairanan kenapa tiba-tiba semua orang mengambil berat tentang dirinya...Aku katakan pada Durga..."Awak tidor terlalu lama....saya ingat awak dah ikut Michael Jackson..." Satu kelas ketawa...tapi Durga terus kehairanan...

Ini lah satu pengalaman aku....kalau orang Islam , boleh juga dibacakan ayatayat..panggil ustaz ke...Kalau anak India bagaimana..... Dan yang aku suka lepas tu....aku mengajar 4K dengan begitu aman sekali......kerana trauma ketakutan mereka masih ada....

No comments: