Pages

Followers

Tuesday, July 7, 2009

...alahai anak aku...

Hari ini anak aku ponteng lagi......hari ini Faiz pulak, semalam Hakim...Alasan hakim semalam, pening kepala dan muntah, alasan Faiz hari ini sakit perut. Alhamdullillah, Hakim hari ini pergi ke sekolah....Kecik, yang cuba-cuba nak ponteng, tak berani takutkan Hakim. Berbeza dengan Faiz , semalam pun dah buat hal...asyik bangun mesti menangis dan mengadu pelbagai hal...dan aku akui, Faiz memang kadang-kadang pandai berlakun...kalau menangis, dia akan menangis betul-betul..kemudian kembali sediakala macam tak ada apa-apa.. so siapa nak percaya.. Berbeza dengan Hakim...kalau dia tak nak pergi, dia langsung tak dengar kata. Tapi kalau dia nak. ..dia dengan senang akan bangun dan bersiap ke sekolah....
Entahlah..aku pun tak tahu, apa masalah dengan anak-anakku, Alasan yang Hakim selalu bagi dia malas bila kelas habis 2.30 petang...letih mak....dan Faiz punya alasan,,,kelas tambahan dah di sambung sampai pukul 3.00 ptg....dan alasan yang selalu aku terima...boring laa makk, lama sangat kat sekolah.....
Aku akui, aku bukan emak yang garang, sebab tu anak-anak tak takut, tapi sesekali letih juga bila marahkan mereka setiap pagi. Mood pagi hilang bila marah-marah, dan kadang-kadang bawa ke petang...Kalau mereka sakit memang aku tak suka mereka ke sekolah, sebab nanti aku juga yang dipanggil guru untuk bawa mereka balik. Dan aku pun tak sukalah menyusahkan cikgu pula bila nak aku sakit...lagipun, cikgu pun dah kenal dengan anak-anak aku, macam-macam hal...seluar koyak lah...baju kotor la.a...seluar jatuh dan basah laa..dan pernah juga...hilang kasut....tapi alhamdullillah tak pernah lagi aku dipanggil kerana masalah bergaduh....
Memang aku masih mencari jawapan, apa sebenarnya yang buat anakku malas ke sekolah....homework tak siap ?, cikgu yang tak disukai...? Mengantuk..? ( alasan biasa..lepas tengok bola...) atau kerana selesa di rumah... Dengan kemudahan internet dan games...aku yakin anak aku memang tak ke mana-mana kalau ponteng...apatah lagi bila bilik tidor mereka aku dah masukkan air-cont. Memang aku sediakan kemudahan supaya mereka tak melepak di cyber cafe....lagilah susah nak aku kontrol bila dapat geng di situ. Biasanya musim-musim panas...mereka sengaja mencari alasan lepak di cc kerana panas...
Yang tak sedapnya tengahari tadi aku di panggil menghadiri mesyuarat..Bulan sifar Ponteng....kerana aku dilantik menjadi seorang pelaksana program....alahai...tak tahulahh...anak orang aku jaga...anak sendiri tak terjaga....

No comments: