Pages

Followers

Sunday, July 5, 2009

..durian oh durian...

.....Musim durian kembali lagi. Dua hari sudah ibu mertuaku menalifon, suruh kami balik ke kampung Bota ambil buah durian....Aku terkedu, plan nak balik ke Matang, tengok emak...kalau tak balik pun aku plan nak mengemas kain baju yang kian tak terurus...dua sabtu berturut, ada agenda di sekolah yang tak boleh dielakkan. Bila hanya tinggal hari Ahad, letihnya bukan kepalang...kain bertambun-tambun siapa nak lipat??
Kerana kesiankan emak, suamiku tak dapat mengelak kena balik juga ke kampung. Puas dipujuk anak-anak , sorang pun tak nak ikut...mereka lebih rela mengadap games dan komputer dari balik jumpa datok dan opah...alahai.
Sebenarnya sejak musim durian bermula dah dua tiga kali aku membeli durian...sekarang harganya pun bukan mahal sangat berbanding dulu. Rm 20 , boleh dapat 7 biji...Isi dan rasa not bad...Aku memang penggemar durian sedari dulu. Bila kahwin, baru ku tahu bapak mertuaku seorang peraih durian...Bila musim begini, bertambun-tambun durian di rumah....dengan anak-anak bapak tak berkira. Abah aku pun ada juga dusun durian, tapi taklah banyak.....dalam tak banyak pun, kalau dijual loded juga abah aku....
Bila tiba musim durian ni, kenangan paling indah bila ingat zaman menunggu durian di dusun. Bila time durian berbunga je..abah dah mula cerahkan kawasan keliling pokok durian. supaya senang mencari buah..dangau durian akan diperbaiki. Biasanya kalau emak yang menunggu , ramaile..yang meneman emak...Bukan apa, durian kalau tak ditunggu jawapnya putih mata lah empunya dusun....ada orang lain dah kutip.
Biasanya bila tiba musim durian ni, bukan saja durian yang ada, Buah-buahan lain pun ada. Macam manggis, rambutan dan cempedak. Kalau buah nenas memang sepanjang tahun ada....Agaknya kalaulah manggis mahal seperti sekarang...zaman tu, memang abah boleh tersenyum lebar. Sebab seingat aku, bila tiba musim manggis, Buah manggis akan bertimbun di rumah...kadang-kadang disepak-sepak je ( yang dah kematu..) Kemudian emak, aku akan sama-sama tolong abah mengikat tali manggis..untuk dijual.
Bebalik kepada buah durian, ...bila aku kawin dengan orang Bota, baru ku tahu betapa taksubnya orang Bota dengan durian,..Buah yang ok akan dijual, buah yang rosak sedikit akan dijadikan tempoyak..( yang dijadikan tempoyak isi yang elok sahaja...) Dulu kalau tiba musim durian, bertempayan lah tempoyak dekat rumah....( kemudian dijual kepada sesiapa yang nak beli...). Tak cukup hanya itu, isi durian juga dibuat lempok...kadang-kadang mak mertuaku buat dodol...( mak mertuaku memang rajin.....terlalu rajin ).Tiap kali balik ke kampung, memang tak cukup syarat kalau tak dibekalkan dengan tempoyak, lempuk dan isi durian.....
Namun masa berlalu, kemeriahan musim durian tak seperti dulu lagi...bapak mertuaku dah uzur...dah tak mampu berjalan. Kebun durian yang dipajak pun dah diserah kembali kepada tuannya..kalau adapun adalah sedikit hasil usaha emak dan bapak...tapi emak tak pernah lupakan kami bila ada buah durian...itu emak mertuaku...!!!
Lewat petang, suamiku pulang dengan sebakul buah durian...tempoyak manis ( ini yang tak tahan...sedap...) dan buah-buah dari kampung. Nampaknya...bila durian tiba, hilanglah tempoh berpantang aku....tak pelah...nanti makan ubat banyak-banyak...heheheh.

No comments: