Pages

Followers

Saturday, July 4, 2009

....Bila sesekali terkenang...

Kebelakangan ini aku suka sekali membuka facebook. Entah macamana tergatal tangan pula mencari nama Mimi salleh..anak saudaraku yang paling sulung..juga cucu emak ku yang paling tua. Anak kak Long dan abang salleh...Pencarian rupanya tak sia-sia...sekali tekan nama tu dah muncul......dan aku tak lupa meng 'add' kan namanya dalam rakan facebookku...selang sehari, aku dapati mimi ( kami panggil murni...) dah menjadikan aku rakan facebooknya...tanpa sebarang massage..lalu aku ku mengutus ayat bertanya kabar.....memang, hanya hubungan kami anak sedara mak sedara...tapi jarang-jarang berhubung..berita terakhir yang aku dengar tentang dia mungkin bulan 2 dulu bila aku menghadiri pertunangan anak kak gayah..lepas tu aku tak dengar lagi.
Selang sehari, aku mendapat balasan message dari Murni....aku tulis lebih kurang 4 ayat, tapi dia tulis lebih kurang semuka kertas....haahhah. Memang pun dia seorang penulis. Buku motivasi pun dia tulis....macam emaknya juga.
Bila dia menulis pada aku, sebenarnya aku malas nak komen apa-apa...ini hal adik beradik..hal keluarga. Tapi mengingatkan aku tentang keluarga aku sendiri....tentang emak, tentang abah dan bagaimana kami dibesarkan...dan bagaimana konflik demi konflik melanda keluarga kami...
Dipendekkan cerita...aku ada sembilan adik beradik. 7 perempuan dan dua lelaki...Yang sulung, kak Long Rahmah, diikuti Kak Ani, (Rohani), kemudian Abang ( Mohd Aziz ) dan Kak Pidah ( Ropidah ) no 4, Kak Gayah ( Rogayah), Kak Kiah ( Rokiah ),aku sendiri ( Roslaini) , adik Ram (Ramlah ) dan yang bongsu Azhar....kami semua dah berkeluarga...kalau berkumpul, memang menjadi suatu keluarga yang besar. Tapi malangnya, kami jarang-jarang dapat berkumpul semua sekali...kalau adapun sekali waktu emak dan abah nak ke Mekah dan yang terakhir, bila along anak kak Pidah kahwin....dan rupanya siapa sangka, bila dah berkumpul ramai-ramai, terjadi pula insident yang tak diingini......
Mengikut cerita emak, emak dan abah dinikahkan oleh tok wan Mail dan Tok Jah, orang tua yang membesarkan mereka berdua...Kedua-dua emak dan abah dibesarkan oleh mereka ..sebagai anak angkat walaupun sebenarnya mereka bersaudara. Emak - cucu saudara sebelah tok mail dan abah anak saudara sebelah tok jah.....Dalam usia 16 tahun emak dah dinikahkan dengan abah yang waktu tu baru berumur 20tahun....( 0rang dulu kawin muda...) Suka tak suka emak terpaksa menerima....Kata emak, abah semasa muda, begitu sombong...dan dia pun tak sangka orang yang sombong itu akhirnya menjadi suami....hahaahh
Dipendekkan cerita, setahun selepas tu, emak bersalinkan kak Long...Menjadi cucu, merangkap cicit pertama...kak long memang menjadi permata kepada tok jah dan tok Mail...Dan kemudian, abah diterima menjadi tentera...
Menjadi seorang tentera, pada zaman tu..sudah semestinya abah kena berpindah randah...dan bila abah nak bawa emak sekali, tok wan dan tok jah tak mengizinkan...lebih-lebih lagi bila kak long nak dibawa bersama.....Antara hendak dan tidak..abah terpaksa merelakan kak long ditinggalkan dengan tok wan dan tok jah...emak memang tak ada kuasa langsung...dalam pada tu kak ani pun dah dilahirkan.... Masa berlalu, tugas abah memaksa abah terus berpindah randah...yang aku ingat, abah pernah tinggal di Pahang, di negeri sembilan ( port dickson ), di Tapah,..dan di Kelantan..Paling terakhir yang aku ingat di Ipoh..masa tu aku baru berusia 6 tahun...sempat bersekolah darjah satu di Ipoh. Dan semasa di Ipoh, aku masih ingat, Kak Longku dah kembali tinggal bersama kami...dia dah jadi gadis remaja. Kata emak..kak long balik tinggal dengan kami setelah merajuk dengan tok...apa dirajuk aku tak pasti..walaubagaimanapun, emaklah orang yang paling gembira, bila kak long balik tinggal dengan kami sekeluarga...
Hujung tahun 70 kami sekeluarga berpindah balik ke kampung...waktu itu abah dalam proses untuk bersara.Aku masih ingat, dengan trak askar kami berpindah balik ke Matang..dan dari tarikh itu bermulalah kehidupan kami di kampung....

No comments: