Pages

Followers

Thursday, July 2, 2009

....Bila sakit itu datang lagi....



.....Hari ini untuk sekian kali aku ke klinik lagi. Dr. Suriani, Doktor yang bertugas terus menyapa...apahal lagi ni puan....? Memang kebelakangan ni aku kerap juga ke klinik...
...Sakit Kepala...dari pagi tadi tak lega-lega, dah telan ubat, dah tidor..masih sakit....aku bagi penjelasan....Seperti biasa bila dah sakit kepala, pekara pertama mesti darah tinggi yang diperiksa. Bacaan akhir aku normal..tapi kali ni...138/98....kata doktor tak oklahh...padanlah sakit kepala. Aku memang dah telan ubat darah tinggi sebelum ni...waktu mengandung je, memang aku kena darah tinggi tapi lepas tu balik normal...Begitulah, setiap kali aku mengandung. Tapi tahun sudah, ...aku dah mula dapat gangguan darah tinggi....dan puncanya kerana edaran haid aku dah tak ok....dah tak ikut tetapan macam dulu. Bila jumpa doktor, puas aku kena leter kerana tak pernah buat pap smear...jadi mahu tak mahu tahun sudah aku buat pap smear. Alhamdullillah hasilnya ok...doktor kata aku masih subur.....dan setelah diberi ubat, period ku kembali normal...tapi tak macam dulu. Bila turun je...aku kena berhati-hati, kalau tidak habis lencun sampai kadang-kadang budak-budak pun perasan.. Bila ditanya pada kawan-kawan yang lebih berusia...beginilah genjalanya bila dah meningkat usia...dalam usia 45 tahun..gangguan hormon memang biasa bagi orang perempuan...barangkali inilah proses awal sebelum monopous.....
Selepas check tekanan darah, doktor minta aku ke tandas untuk ujian urine pregnancy. Walaupun aku yakin aku tak mengandung, doktor tetap nak kepastian...dan memang betullah aku tak mengandung. ( Alhamdullillah...dalam usia 40an ni aku dah tak mampu lagi....tapi kalau Allah nak bagi tu aku terimalah.....)
At last, doktor bagi aku ubat sakit kepala synplex, ubat gastrik ( aku tak tahan, kesan makan synplex ) dan ubat bagi paksa period datang.....kalau seminggu lagi tak datang, aku kena lagi ke klinik....Doktor nak bagi MC tapi aku terpaksa menolak, kerana aku dah janji dengan pelajar 5K nak kumpul kerja kursus.....Esuk kalau kerja kursus pelajar aku tak dapat kumpul...jawabnya sakit kepala aku akan kian berganda.....

No comments: