Pages

Followers

Wednesday, July 1, 2009

....4K oh..4K....oohhh

Di sekolahku, kalau aku bercakap tentang tingkatan 4K..semua akan faham. ..Dan boleh dikatakan semua guru kalau boleh nak mengelak dari mengajar kelas 4k...tapi aku sebagai guru pendidikan seni visual memang tak boleh mengelak Kerana hanya kelas ini yang menawarkan subjek yang ku ajar..begitu juga subjek sastera melayu. Subjek ini ditawarkan kerana dianggap subjek paling mudah dan hanya pelajar 4K yang layak belajar...
4K atau 4 kemanusiaan atau kadang-kadang secara lawaknya kami panggil 4 kentut....kerana asal masuk kelas ni mesti ada bau kentut...hahahha. Kelas ni sebenarnya kelas paling akhir dalam ranking tingkatan 4...Jadi tak hairan, kalau subjek yang ku ajar antara subjek yang ditawarkan. Rasionalnya, kalau dibagi subjek lain seperti kimia, fizik dan biologi....memang rasanya hancur sistem pendidikan di Malaysia ni. ...Sebenarnya subjek yang ditawarkan kepada mereka bukanlah teruk sangat, selain seni, mereka juga belajar perdagangan, dan sastera..ekonomi asas aku tak perasan pulak. di samping subjek-subjek teras yang wajib diambil termasuklah sejarah, sains, matematik dan lain-lainnya...
Cuma yang aku sedih tentang 4K ini adalah pelajarnya......majoritinya adalah pelajar melayu....Aku sebenarnya dah mengajar kelas 4K ni bukan baru. dari tahun 1997 lagi...tapi aku rasa 4K dulu tak la seteruk 4K sekarang. Semuanya gara-gara kerajaan memberi peluang kepada semua pelajar yang mengambil PMR layak ke tingkatan 4..tak kira sekalipun keputusannya semua E..... dan kelompok pelajar yang ada di dalam 4K ini adalah kelompok pelajar yang semuanya nyawa ikan dalam PMR....dan termasuklah yang semua all 'England'
Jadi guru yang mengajar kelas 4K ni kadang-kadang kita jadi buntu....mana tidaknya kerja yang sepatutnya siap seminggu, jadi sampai 3 minggu..alat mewarna, berus dan kelengkapan melukis memang benda yang paling susah nak dibawa.....habis tu nak mengajar apa...??? Kalau ditanya pelbagai alasan yang diberi...alasan yang menyakitkan hati sendiri. Pernah juga kawan sekerja mencadangkan aku guna warna dari bilik seni saja....masalahnya, sifat tanggungjawab pada diri sendiri langsung laa tak ada....semua bergantung dengan sekolah. Contohnya kertas lukisan...bila aku bagi free aje...mulalah susah mereka nak bawa kertas, semuanya harapkan dari sekolah....sampai bila nak disubsidi begini...
Sebenarnya dah hampir dua minggu aku cuba tukar bahan untuk mengajar pelajar 4K ni..aku guna papan nipis untuk buat papan tanda motivasi dan dibuat secara berkumpulan....Memang mereka agak teruja....untuk langkah permulaan, aku hanya bagi papan dan suruh mereka berbincang bagaimana rekaletak dan motif yang hendak digunakan. Sebelum tu aku suruh mereka mendapatkan satu cogankata yang mudah...Seperti biasa, perbincangan hanya tinggal bual-bual kosong....kalau ada yang mula merancang hanya satu dua kumpulan..
Minggu ni aku dah suruh cat papan yang ku bagi.....memang mereka suka bab ini. tapi malangnya lepas tu, berus cat semua ditinggalkan dekat tempat aku...aduhh letihnya..
Memang letihh...kerana lepas tu aku suruh buat huruf ..untuk cogankata...apa yang dilakukan hanya bergurau senda, kejar mengejar macam budak tadika....aduhh sakit jiwa aku. Ditegur pun mereka bukan takut dengan aku....
Memang letih mengajar 4K kerana mereka bukan saja tak mahu belajar, mereka juga tak mendengar arahan..lain disuruh lain dibuat...ada yang nak belajar, lambat pula pick up..blurr...
yang loyar buruk ramai...ada saja kata-kata kita di buat gurauan...baik lelaki mahupun perempuan sama saja.......memang kadang-kala aku patah harap dengan kelas ni...tapi akuu tak boleh mengalah...kerana kelas ni akan menghadapi spm tahun depan....dan masalah paling malang bagi pelajar 4k...mereka ini tak ada matlamat. tak ada arah tujuan...dan malangnya mereka tak nak fikir masa depan mereka sendiri...

No comments: