Pages

Followers

Tuesday, June 30, 2009

...ronda-ronda rehat minda...


Petang tadi seronok juga dapat ronda-ronda window shopping dengan Imah...jiran merangkap kawan jugalaa...Imah tak bawa anak kecilnya..so ronda-ronda orang tua lebih menyeronokkan...Sebenarnya, Imah dah banyak kali ajak aku pergi ke Giant ( tak jauh dengan rumah ) ....dia gemar sangat collect barang macam vintage ( hiasan Inggeris ).Aku pulak..kalau kumpul nak letak kat mana ..heheh..tapi rupanya niat nak ke Giant bertukar jadi ke UO ( Greentown MaLL )..bila Imah masuk kereta. Aku ikut aje...Aku sebenarnya tak ada matlamat nyata nak beli apa-apa...kalau adapun cuma sehelai tudung..Yang sebenarnya saja aku nak releks minda...hahhahaha. Imah sebenarnya seorang surirumah...kadang-kadang dia suka ajak aku keluar cari barang..hatta lauk tengahari pun..( dah siap masaklaa...)kereta ada tapi tak boleh memandu... dan aku kalau Imah ajak memang tak pernah menolak....entah kenapa , dengan Imah ni aku senang berkawan...walaupun sebenarnya dia lebih muda dari aku.
Sebenarnya aku kenal Imah sejak kami berpindah kat rumah aku sekarang...Tapi Imah sebenarnya lebih rapat dengan jiran sebelah rumah aku Teh ( cikgu juga..) Yang aku heran,...aku lebih rapat dengan Imah lebih dari Teh..dan suami aku pun heran juga...Imah kenal Teh sejak mereka di Sabah lagi...masa tu suami Imah bertugas di Sabah. Begitu juga Teh dan suaminya....dan kebetulan, bila berpindah ke sini, mereka bertemu lagi ....begitula cerita Imah pada aku. Aku sebenarnya jarang-jarang berbual dengan Teh...Apa-apa tentang Teh, aku cuma tahu dari Imah...aku tak tanya pun...tapi Imah tetap akan cerita...TEh pergi bercuti pun dia yang bagi tahu..Teh pasang kebinet baru pun..dia bagi tahu....
Aku sebenarnya rapat dengan Imah, bila aku cuti belajar hari tu....bila anak-anak dah ke sekolah, aku singgah rumah Imah ajak dia pergi breakfast kat luar...kadang-kadang ajak kak Idah sebelah rumah Imah.....kadang-kadang kami sama-sama pergi padang polo ( tempat berjogging)...lepas tu pekena roti canai...( Bila nak kurusnya..heheh ) Masa tu imah tak ada anak kecik...yang ada pun sebaya anak aku yang kecil..waktu tu masih tadika, sekarang sudah tahun 3. Dan hingga kini..kadang-kadang aku singgah melepak kejap rumah Imah bila ada masa santai. kadang-kadang bila lama tak jenguk dia ..Imah bising juga.. Tapi itupun aku tengok dulu, kalau suami dia ada aku tak singgah....malu juga kalau ada orang lelaki ni...
Apa yang istemewa dengan Imah ni...dia jadi perantara antara aku dan jiran tetangga di sini...ramai yang aku kenal sejak aku kenal Imah. Dan yang terbaru ni..dua jiran Imah yang baru berpindah...aku pun kurang ingat nama....kalau tak kerana Imah memang aku tak kenal. Maklumlah..orang yang berkerja macam aku...balik kerja nak terus ke rumah je....malas nak peduli hal luar...Berbeza dengan Imah yang cuma duduk di rumah....menjadi surirumah. Dan yang istemewanya tentang Imah ni..dengan sesiapa pun dia boleh berkawan...Dengan Teh, isteri pegawai SUK pun dia boleh masuk, dengan aku pun dia boleh juga...apatah lagi dengan kak Idah sebelah rumahnya...berbeza dengan aku...aku tengok pagar rumah orang pun aku dah takut nak jenguk ke dalam rumah mereka ......tapi sebenarnya aku senang dengan Imah....kerana sebenarnya dia sama je dengan aku.....walau hakikatnya aku bekerja, tapi aku lebih kurang macam Imah....aku tak boleh mendapat sesuatu tu dengan senang....begitu juga dengan Imah..dan kadang-kadang aku respect dengan Imah...kerana dia boleh mendapatkan sesuatu yang dia suka dengan berjimat....dan dia ada strategi untuk mendapatkan sesuatu....
Bebalik pada cerita window shopping tadi...sudahnya aku cuma beli sehelai tuala....dan Imah tak beli apa-apa pun...dan kemudiannya aku belanja Imah minum...( selalu dia aje nak belanja aku....)diam tak diam...pukul 6.30petang baru kami balik.....balik dengan kepala yang dah lega...

No comments: