Pages

Followers

Sunday, June 28, 2009

...bila usia meningkat...

.....Malam tadi untuk kali ketiga hari ini, aku menelan panadol lagi...entahlah, sejak petang semalam kepala terasa berat..barangkali darah tinggi ku tinggiku naik lagi... Memang kebelakangan ini badanku terasa tak berapa ok....tapi biasalah...bila usia meningkat, bermacam-macam genjala yang datang...



Kadang-kala bila mengenang zaman kanak-kanak, ..melompat ke sana sini, memanjat pokok , meredah semak, ..terjun sungai dan pelbagai lagi...rasa-rasa macam tak percaya aku pernah melakukan semua itu....Malah aku masih ingat, 10 tahun dulu...walau dah beranak 3, aku masih boleh memanjat pokok mengait mempelam, di hadapan rumah..



Tetapi hari ini....terasa sekali , kekuatan itu dah hampir diambil sedikit demi sedikit...Paling terasa bila aku dah mula sakit lutut...sakit urat, berjalan dah tak boleh sepantas dulu lagi. Turun tangga terpaksa menyusur pelahan-lahan...bukan apa, kalau tersilap melangkah, urat lutut ku menegang...Kadang-kala teringin nak melompat naik tangga macam dulu...terjun, dua anak tangga sekali gus. Ahh....betapa masa berlalu merampas semuanya....



Semuanya mengingatkan aku..betapa aku ini tidak muda lagi......zaman kanak-kanak telah lama berlalu,....beberapa tahun lagi aku akan masuk ke kelumpuk warga emas.....masih sihat kah aku masa itu...

Apa-apa pun...saat ini aku mengucap kesyukuran, kerana masih menikmati udara yang segar dari Allah,...mempunyai keluarga yang bahagia...masih mampu membahagiakan dan memberi sumbangan tenaga kepada yang memerlukan....

No comments: