Pages

Followers

Thursday, July 16, 2009

ohh..5K...

Hari ini masih ujian selaras Julai....dan aku berada di dalam kelas 5K...mengawasi ujian SCIENCE ....Masa dah berlalu hampir setengah jam..tapi dua tiga orang pelajar dah mula menyembamkan muka di meja. Walaubagaimanapun, yang lainnya masih tekun cuba menjawap soalan-soalan yang diberi.
Keadaan dah agak tenang berbanding tadi..suara keluh-kesah pelajar melihat soalan yang disediakan mengkalutkan keadaan...Lebih kalut aku yang nak mengawasi...
Kelas ini adalah ranking akhir dalam tingkatan 5 . 5 Kemanusiaan... Biasalah kalau kelas terakhir berbagai ragam pelajar yang boleh kita temui.Tadi sebelum memulakan exam, aku dah bising dengan pelajar yang belum menyerahkan kerja kursus...Setakat ini tinggal 3 orang je lagi..sepatutnya ada 5 lagi tapi 2 lagi aku rasa tak perlu aku peningkan kepala..kerana sorang dah balik ke Sarawak (berhenti) dan sorang lagi dah masuk kolej ( berhenti juga..) Dan dalam 3 yang tinggal ni pun...seorang lagi dah berhenti ( baru lagi...kerana sebab-sebab peribadi yang sukar nak diceritakan...) 2 lagi ni aku suruh hantar petang ini juga...kerana minggu depan, pentaksir akan datang. Kalau tak hantar, jawapnya esuk kenalah ku bawa mereka ni berjumpa HEM atau pengetua...

1 comment:

Anonymous said...

cikgu... saya mana ada boyfriend, cikgu.. demi Allah s.w.t.. nanti mak saya marah kalau ada boyfriend.. huhuh
percayalahhh~ hehe