Pages

Followers

Friday, July 17, 2009

...rumah jiran ,rumah aku....

Hari ini untuk hari keberapa, kerja-kerja menyambung rumah jiran sebelah rumah diteruskan. Aku tak tahu sebesar mana nak disambung tapi rasanya besar juga...sebab dah terpacak dua tiang di tepi pintu pagar.... Aku sebenarnya tak kisah...rezeki kawan-kawan, tapi yang ku harapkan cepatlah siapnya... tengahari ini saja aku terpaksa menahan telinga mendengar gerudi memecahkan batu bata.....hajat nak lelapkan mata memang tak kesampaian...Bila aku berungut..anakku dengan sinis berkata.....bila cina tu tak buat kerja pun mak bising juga...dah dia buat kerja pun mak tak suka pulak.....hehehe terkena aku dengan anak ku sendiri..

Sebenarnya hari mula dia membuka bumbung rumah jiranku ( sebelah depan )..hujan pulak lebat di belah malam...akibatnya, habis kasut-kasut serba maknika barang dalam kawasan rumah aku pun basah sama...pagi tu anak aku pergi sekolah pakai kasut selipar...kasut sekolah dah basah. Dan aku pun, walau malas terpaksalah mengemas selepas itu mengelak barang-barang yang ada terkena hujan lagi...Sejak hari itu aku sering mengintai perkembangan pekerja kontrak ini berkerja...dan setiap kali aku balik sekolah, ( lebih kurang 2.00 petang lebih..) pekerja-pekerja ini sedang berihat....Kata suamiku, mereka ini mungkin dibayar mengikut gaji hari....sebab tu, kerja mereka slow semacam...tak seperti kontraktor cina yang lain.
Dalam keadaan macam ni kadang-kadang risau juga nak sambung rumah lagi...bukan apa risau mengganggu jiran-jiran kiri kanan rumah aku...keadaan pasti akan jadi tak selesa, tapi itulah realiti yang terpaksa dihadapi...Tapi entahlah...angan-angan nak sambung dapur rumah aku pun entah bila...bila ada duit aje...ada aje lain gunanya......sabar ajelaa....

2 comments:

Mohamad Aris said...

ubah suai nak raya tu...harap jiran tak baca cerita ni takut kecik ati...he2...tapi kalau baca pun bagus gak ya tak. Adat berjiran memang la kena selalu bertolak ansur selalu...

JOM BUAT DUIT.. said...

Sebenarnya jiran dah tahu, apa yang terjadi dah dah suruh cina tu pasang plastik supaya rumah kami tak kena hujan....dia dah minta maaf ngan suami..bukan salah dia pun...salah keadaan.