Pages

Followers

Saturday, July 18, 2009

anakku...abahku...

Aku baru je balik dari menjenguk anak di MRSM, Kepala Batas. Ada hari 'Rundingan Akademik'...ibu-bapa dan anak berjumpa guru-guru yang mengajar setiap subjek yang diambil oleh anak. Disamping tu, ada ceramah motivasi...menarik juga, kerana tak pernah dibuat di sekolah biasa..Tapi aku dan suami hanya jumpa dua tiga orang guru sahaja...hehe kalau ditunggu nampaknya tak ada peluang nak bawa anak keluar. Keputusannya oklah...ada peningkatan sedikit. Tapi kebanyakkan komen dari guru mengatakan anak aku ni pendiam..tak banyak soal. Lepas tu, kami terus ke Sungai Petani. Rupanya taklah jauh sangat dengan Bertam tempat anak aku belajar. Aku terus teringat pada Saidon, yang duduk di Sg Petani. Sudah berapa kali dia mengajak aku dan keluarga ke rumahnya. Tapi niat itu tak pernah sekali aku suarakan pada suamiku....
Di Sungai Petani, kami berhenti makan tengahari dan singgah sekejap di Giant, untuk membeli barang-barang keperluan anak. Yang banyaknya aku tengok, stok makanan dan alat tulis.Lepas tu singgah pula di KFC, anakku teringin nak makan...tak mengapalah...kesian juga. Nasib juga suami ada duit extra hujung-hujung bulan....hehe kalau harapkan aku memang dah kering...
Selepas hantar Razi balik semula ke asrama, kami terus balik..Aku yang keletihan terus terlena...Bila sedar suamiku dah berhenti di satu R&R....
Perjalanan seterusnya aku yang pandu kereta kerana suamiku dah mengantuk...aku pun selesa sekali memandu kerana dah puas dapat tidur sebelumnya. Kami seperti biasa singgah sekejap kat kampung menjenguk mak dan abah di Matang....Kesian betul aku tengok mereka yang tinggal berdua....Emak macam biasa seronok bila aku balik....Yang sedihnya, bila mak tanya tak nak tidor di sini ke...Bukan aku tak nak tido, tapi kalau aku tidor juga..kerja-kerja di rumahku banyak yang terbengkali..tambahan hari ni sudah sehari suntuk aku berjalan. Esuk akan jadi hari yang begitu sibuk sekali...dengan kerja-kerja rumah dan kain baju...dan alasan aku yang paling mudah....Hakim, tinggal sorang kat rumah...dan emak pun faham..
Lebih kurang sejam, sempat mandi, minum dan sebagainya...kami terus balik ke Ipoh...kali ini suamiku pulak memandu.....Sepanjang perjalanan balik..aku hanya terkenangkan abah....Balik yang hanya lebih kurang sejam, spoil...hanya kerana abah salah faham maksud kata-kata aku...Melenting dia marahkan aku....tapi kerana aku dah faham perangai abah..aku diamkan aje...tak menjawab, kalau dijawab lain pula ceritanya.....Niat aku cuma menasihati, jangan asyik mengungkit, pelbagai benda, sampai bil talifon banyak pun nak dibisingkan ..nanti anak cucu tak nak balik....Tapi tak pelah...mak faham apa maksud aku...mak nanti akan jadi pengantara...mak pun dah faham sangat perangai abah.....dan aku pun faham, abah jadi begini bukan sebenarnya sebab aku...tapi ada yang masih terbuku di hati...dengan abang aku, abang Aziz....

No comments: