Pages

Followers

Sunday, July 19, 2009

...Bila hati diusik silap...

Hari ni bangun aje, kepala dah pening ...letih semalam masih tak hilang. Dah 40an, berjalan jauh sikit aje dah sakit seluruh badan. Lepas minum pagi, telan ubat dan aku tidor lagi....tinggallah rumah yang masih tak berkemas, kain baju yang belum berbasuh...Lega sakit kepala baru aku buat.. mujurlah suami tak banyak kisah.
Dalam sakit kepala, aku masih terkenangkan abah...masih marahkah dia dengan aku. Nak ku talipon emak, talipon di kampung pula buat hal. deringan ada tapi tak siapa angkat..emak kata rosak pada kabel di luar. Susah kalau emergency...
Semalam, bila aku sampai di rumah, abah tunjukkan aku bil talipon...dan aku pun baca. Tak ada apa-apa cuma bil biasa, di belakangnya hanya iklan dan pengumuman yang biasa ada dalam bil...Aku bagitahu kat abah..tapi abah masih tak percaya, ada kekeliruan di hatinya. Emak, kata, abang dah bagitahu perkara yang sama tapi dia tak percaya cakap abang...sebelum ini ada surat lagi datang dari Telekom.... aku pun teringat aku dapat surat yang sama ..tentang masukkan nama dalam buku Yellow Pages...tapi abah tak faham..dia kata orang talipon nak minta duit... Kemudian abah ungkit pasal bil talipon yang tinggi selepas adik lelaki ku guna talipon bila balik kampung......dia marah sungguh..!!! Dah banyak kali dia ceritakan kat aku bila balik kampung....
Entahlah...aku pun tak faham kenapa abah marah sangat, padahal anak-anak bukan selalu balik...Bila dia sakit hari tu pun, aku yang kena ambil cuti rehat kerana nak jaga dia di hospital. Tapi abah tak kenang itu semua....
Aku cuba nasihati abah....Benda kecil je ni abah...Nanti anak cucu takut nak balik...Lepas tu abah terus melenting...marah sungguh dia dengan kata-kata aku...kerana aku faham sangat perangai dia, aku tak menjawap. Kalau ku jawap aku tahu marahnya tak akan padam.Aku biarkan dia membebel, kata-kata seorang abah yang boleh melukakan hati anak-anaknya sendiri......Mahu saja aku tanya abah, mana lebih bererti pada dia sekarang...duit atau anak ??? Tapi nak layan gaduh dengan abah yang dah berusia 83 tahun ni aku rasa tak berbalui. Dia lebih rela hidup sendirian tanpa anak-anak .....Aku hanya pandang emak dengan muka sayu, akhirnya aku bangun pergi mandi. Hanya pada emak aku dapat mengeluh...entahlah emak, sekarang ros pun dah ada anak.....
Sebenarnya di usia begini aku ingat abah dah berubah..tapi rupanya belum. Tapi entahlaa..kalau aku sendiri tak faham tentang abah...Aku ingat dalam usia abah yang sebegini abah dah pelajari sesuatu tetapi rupanya tidak....Contohnya marah abah pada abang aziz. Satu-satunya abang yang aku ada. Aku kecewa....itu kata-kata abah yang masih aku ingat. Abah kecewa kerana abang tak memenuhi impiannya jadi pegawai tentera. Abang satu-satunya anak yang menjadi kebanggaan abah...abah tak suka kami anak perempuan. Bila abang dapat cemerlang dalam LCE , abah terus hantar ke RMC. Abang sebenarnya tak rela...jiwanya tertekan di sana. Sosial life di RMC masa tu memang tak masuk dengan jiwa abang...Bila SPM. result abang jatuh...abang minta keluar dari tentera, tapi kena bayar balik. jadi abang kena jadi prebet biasa dulu...setahun abang sabar lagi, tahun kedua abang buat hal..bergaduh dikem. Hasilnya abang kena tahan. Kelam kabut juga abah masa tu...Lepas tu yang aku ingat abang dapat keluar dari tentera. ..dan ikut kumpulan dakwah ke Pakistan.. sejak tu abang kian jauh dari keluarga...abah begitu kecewa kerana abang lepas tu tak nak kerja...aku pun tak faham kenapa....
Sekarang abang dah balik ke kampung...aku syukur sekali kerana sekurang-kurangnya ada orang yang tolong tengok-tengok abah dan emak...Emak sakit abang lah yang jaga. begitu juga bila abah buat operation mata, aku dengan abang gilir-gilir jaga...Sekarang tugas abang, tolong mengambil buah kelapa sawit yang abah tanam di belakang rumah...selepas tu abang akan balik ke Kuala Lumpur. Abang ada minat yang abah tak faham....siapa pun tak faham....tapi aku cuba-cuba faham...kerana aku kenal abangku.
Tapi abah, marahnya, kecewanya pada abang masih tak berubah...dia bercakap hanya perlu aje dengan abang. Nak berbual langsung tak ada. Hanya emak jadi perantara...kadang-kadang kesian juga dengan abang, apa abang buat semua salah di mata abah.....Semalam tu pun aku tahu, ada benda yang dia marahkan abang Kata emak, abang baru je balik ke Kuala Lumpur...entah laa abah aku kian tak faham dia...
Aku pernah nasihati abah, Redha abah....semua yang kita lalui tu takdir...dah ditulis...semua yang berlaku ada kebaikannya...tapi abah tetap abah..dia takkan terima nasihat sesiapa....Memang aku sedih bila mengenang abah, tapi sekurang-kurangnya semalam bila aku bersalam dan cium pipinya...aku tahu hati dia dah sejuk, sedingin peluhnya yang keluar kerana mengopek kelapa....
Abah...walau apapun dia tetap dihatiku.....

No comments: