Pages

Followers

Wednesday, July 29, 2009

Pelbagai kisah..hari ini dan semalam..


Semalam ...aku dan suami kelam-kabut ke Kepala Batas, anakku telefon beritahu
maktab kena kurantin...dia kena balik...semuanya gara-gara HINI. Ada pelajar yang disahkan dijangkiti penyakit selsema ini. Dekat pukul 10.00 malam sampai dan kemudian terus balik....pejalanan balik aku tidor saja...Nak memandu pun mata aku dah kian lemah malam-malam begini...

Hari ini...Puspita datang cari aku....Memang dia tak ikut soalan yang aku syorkan...tak mengapalah..tapi banyak kerjanya aku komen. Sketches lemah, hasil kajian, bukti latarbelakang kajian...entahlah...nak komen banyak-banyak pun tak guna. Dia dah tunjuk hasil akhir, tapi bagi aku tak kena mengena....aduhh...ini yang susah bila datang last minit. Nak ditolong banyak pun susah.

Hari ini juga pemantau ISO...Perkara yang paling aku benci sekali. Dulu kata sekadar untuk kelas rancangan khas. Aleh-aleh dah untuk semua pulak. Aku pun kena panggil tadi...sebab nya sebab aku tak catat pembelian dalam buku stok..sebenarnya masa aku nak tulis, puas aku cari buku tu...bila tanya kat pejabat semua staf baru tak tahu mana mereka simpan. Akhirnya kerja aku yang tergendala....dan ini pengajaran bagi aku..jangan bertangguh kerja.( Selalunya aku tak pernah terleka macam ni....)Apa-apa pun lepas ni aku kena kemaskini....semoga tiada teguran lagi.

No comments: