Pages

Followers

Friday, July 31, 2009

Demam lagi...

Hari ini Hakim dapat Mc...seronok dia bukan main. Sebelum ni pun dia dah tak datang sekolah hampir 3 hari... semuanya gara-gara demamnya yang tak kebah-kebah. Pada siangnya nampak sihat, tapi sebelah malamnya mulalah...akhirnya semalam aku bawa ke klinik. Gara-gara H1N1, rupa-rupanya doktor pun panik bila ada yang demam...Puas dichek, akhirnya dia suruh cuti sakit dan berehat je kat rumah..Aku yang jadi emak, pun cemas juga. Almaklumlah, dalam surat khabar semalam ada melaporkan kes kematian seorang gadis kerana HINI, gara-gara si bapa ingat demam biasa.. Seingat aku, Hakim memang begini..jarang-jarang sakit tapi bila sakit memang lambat kebah.
Aku pun semalam ambil kesempatan, mengetahui hasil pemeriksaan darah dan urine yang aku buat minggu sudah. Alhamdullillah, tak ada yang membimbangkan kecuali uric asid tinggi sikit. So, doktor pun memesan supaya pantang makan beberapa jenis makanan termasuk kacang, air kacang soya, ikan bilis, semua jenis makanan laut dan beberapa jenis ikan... mmm..nampaknya tak adalah lagi ikan bilis goreng kacang bulan puasa ni....alahai. kegemaran aku tu.... Dan doktor puji aku sebab kalestrol rendah walaupun gemok.... Aku rasa faktor ni ada kaitan dengan genetik kot..entahlah...apa-apa pun aku balik semalam dengan perasaan gembira...
Anak aku Razi pulak..macam enjoy katak sejak dapat balik...buku tak pernah nampak di buka. Sejak hari balik , free time depan komputer. Semalam, membalas dendam menonton wayang filem Harry Potter...aduhh..itu yang aku risau sekali bila dia ada di rumah. Dia semacam leka exam SPM dah kian hampir. Untungnya,..sejak dia ada aku tak payah lagi terjerit-jerit pada anak yang lain. Mereka cukup takut dengan abangnya ini. Cuma Faiz aje yang muncung selalu, sebab tak dapat guna komputer....

2 comments:

secangkir madu merah said...

salam ziarah roslaini.., saya dapat address blog ni dari facebook yg dihantar untuk berkenalan dgn saya hari ni.. ada tak? nama ku nor hayatie mohamad
kalau sudi singgahlah ke blog ku ye.. yatie08.blogspot.com ,semoga kehidupan seharian bersama keluarga sentiasa diberkati Allah swt.

wassalam

Mohamad Aris said...

salam...suma dah ok dari demam ke...anak2 demam memang kita akan jadi risau sekarang ni