Pages

Followers

Monday, July 27, 2009

...bila kematian menjemput..

Kebelakangan ini kita hanya mendengar berita kematian...bermula dengan kematian Raja Pop Michael Jackson, kemudian mati yang penuh tanda tanya, bakal pengantin Teoh Beng Hock di bangunan SPRM. Dan yang terbaru kematian pengarah tersohor Yasmin Ahmad. Sebenarnya berita kematian hari-hari kita dengar..terutamanya berita kematian kemalangan. Tetapi kematian yang tragis jarang-jarang kita dengar...
Kematian bintang lagenda, Michael Jackson menjadi tanda tanya, sama ada satu konspirasi, dibunuh atau memang takdirnya...Ratapan tangisan peminat serata dunia, tak akan menghidupkan kembali Michael Jackson. Yang mati tetap mati. Kemudian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang exco di Selangor. Yang tragisnya kerana kematiannya sehari sebelum perkahwinannya. Dan yang menjadi isu sebab dia mati selepas disoal siasat kes rasuah oleh SPRM dan di bangunan SPRM. ( Herannya kenapa dia tidor di situ...???)...apa-apa pun biarlah pihak berkuasa yang menyiasat. Buat apa nak sakit kepala memikirkannya...
Yang terkini kematian, pengarah Yasmin Ahmad...Aku pun minat juga hasil kerja beliau. Iklan petronas kisah ibu tunggal dengan tujuh orang anak, amat mencuit hati....Malah banyak lagi. Memang beliau kreatif. Persoalannya, ...kenapa orang yang kreatif selalu saja cepat meninggalkan kita...Contohnya, arwah LOloq, P. Ramlee, Sudirman, ...dan sekarang Yasmin Ahmad pulak....atau kebetulan je...Memang takdirnya semua orang akan mati.
Dan berbalik kisah Yasmin Ahmad, sebelum beliau pengsan di Sri Pentas, TV3, beliau sempat membentangkan kertas kerja program...maksudnya beliau masih mampu memandu, mencakap ,dan menghadirkan diri dalam satu pembentangan yang penting.....walau beliau kurang sihat...( tahap mana sebenarnya kurang sihat beliau.....??? ) Kebanyakkan orang kata, kalau pengidap darah tinggi, memang tak mustahil dalam sihat tiba-tiba pengsan dan pergi...
Begitu juga kematian allahyarham Hani Mohsin....mengejutkan kerana dia di KLIA dalam planning nak makan angin dengan anaknya....
Kesimpulannya...kematian menanti kita di mana-mana saja...tak kira tempat tak kira masa. Dan masa kita bila pulak....Mati yang tragis, mati kerana tua, mati kerana sakit, mati selepas menderita lama...atau mati dalam tidor.???? Apa-apa pun berdoalah kita semoga mati kita dalam keadaan yang baik...dan diterima Allah SWT...

No comments: