Pages

Followers

Saturday, August 1, 2009

ibu kucing dan anak-anaknya...

Entah dari mana tiba-tiba di rumah ku ada seekor ibu kucing dan tiga ekor anaknya. Aku tahu ibu kucing itu mungkin sengaja memilih rumahku sebagai rumah tumpangannya memandangkan dia hendak membesarkan anak-anaknya....hahahah...begitu hebat rumahku sampai kucing pun tahu sesuai tak sesuai nak membesarkan anak.

Sebenarnya dah lama juga rumah ku ini ketiadaan kucing. Aku sebenarnya memang peminat kucing kerana bagi aku kucing sejenis binatang yang istemewa. Dia boleh memujuk hati kita yang marah..boleh menjadi teman dikala sunyi. Boleh juga jadi teman peluk untuk tidur...Cuma satu yang aku tak berkenan tentang kucing...bila dia membuang najisnya....Aduhhh inilah benda yang paling aku alah sekali.

Sebelum ini aku pernah membela seekor kucing. Aku namakan dia Tsunami, kerana kebetulan dia datang ke rumah ku masa peristiwa tsunami. Aku panggil cuma mimi. Mimi aku dapat dari seorang kawan. Kerana kebetulan waktu itu aku sedang cuti belajar, Mimi jadi kawan aku bila anak-anak ke sekolah. Malah Mimi kadang -kadang menemani aku bila aku membuat assigment di tengah malam. Mimi memang seekor kucing yang bijak dan suka mengusik. Bila aku menaip komputer, dia akan sama-sama menekan punat di keyboard. Bila aku membaca surat khabar, dengan sengaja dia akan melompat ke atas surat khabar yang aku baca....mimi akan buat apa saja untuk menarik perhatian aku...Malah, mimi selalu juga mengikut aku ke kebun pisang aku di seberang padang..dia akan tunggu aku di situ sampai aku balik.

Malangnya satu hari, Mimi ikut aku ke kebun. Macam biasa, Mimi akan mengejar burung atau apa saja yang menarik perhatiannya. Bila aku balik ke rumah, aku tak perasan mimi tak ikut balik. Balik ke rumah aku terus dengan urusan di rumah...hingga tiba-tiba aku teringatkan Mimi. Aku memanggilnya malangnya dia tak datang juga. Akhirnya aku keluar rumah....dan aku lihat mimi tergolek di depan rumah jiranku....Tuhan aje yang tahu betapa sedihnya aku. Aku menangis bagai kehilangan anak...sampai menarik perhatian jiran-jiran yang ada. Memang Mimi bukan kucing pertama yang aku bela..tapi Mimi lain sungguh bagi aku.

Mimi aku tanam di kebun pisang tempat Mimi suka bermain sambil menemani aku. Dengan linangan air mata aku meletakkan mimi ke dalam lubang yang aku korek.....Sejak itu aku hilang minat untuk membela kucing lagi walaupun banyak juga aku jumpa anak-anak kucing yang comel...Terus-terang aku katakan kehilangan sesuatu yang kita sayang memang pedih....walaupun hanya seekor kucing.
Apa-apa pun kehadiran ibu kucing dan anak-anaknya seolah-olah mengembalikan nostalgia aku dengan mimi...Dari ibu kucing yang menumpang untuk membesarkan anak-anak sekarang mereka mula dilayan oleh anak-anak aku dengan makanan ( dibeli di pasaraya) dan tempat tidor yang lebih selesa.....

1 comment:

Anonymous said...

tapi kan, kalau ada tanah liat kat depan rumah.. kucing memang jaga bila nak buang najis.. depa tanam najis tu.. tak macam anjing, ada najis kat merata-rata.. hehe